Pelakon Faye Kusyairi meluahkan rasa teruja apabila dijangka bakal melahirkan bayi pertamanya pada minggu ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Faye mengakui tidak sabar untuk bersalin dan menantikan kehadiran anaknya itu.

"Good Morning! Hello April. Semalam dah pun masuk April tapi baru hari ini nak tegur.

"Saja nak rasa excited. Pasal apa? Pasal edd baby Mommy ni is this week! Yayyyyy.#countingdays," tulisnya di Instagram.

Good Morning! Pagi pagi dah buat kek lapis... now take 5! Hello April..... ??? Lah.. semlm dah pun masuk April tapi baru arini nak tegoqqqq... padiatiewwwww... ??? Saja nak rasa excited. Paseipa? Pasei edd baby Mommy ni is this week!!! Yayyyyy.... ❤❤❤ #countingdays

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on


Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan mereka menjangkakan Faye bakal melahirkan bayi perempuan.

"@siti_fizah: Semoga dipermudahkan urusan kak Faye Kusairi dan baby. Tak sabar nak tengok baby."

"@murnifarahinmusa: Baby girl ke sis Faye? Mesti secantik dan pipi merah macam mama dia. Semoga dimudahkan urusan besalin sis".

"@muhsin.alias: Kalau perut bujur macam itu, maknanya baby perempuan kata Tok Bidang".


Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 31, mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 April 2017 di Ampang, Selangor.