Laman Utama

“Luar Biasa Gila!” - The Big 4 Best! Taruhan Filem Aksi Komedi Pertama Timo Tjahjanto Ternyata Lulus!

Mya Amri
20/12/2022
12:34 MYT
Netflix Indonesia kini kembali dengan filem original terbaharu berjudul The Big 4 arahan sutradara terkenal, Timo Tjahjanto.
Menariknya lagi filem ini merupakan taruhan pertama Timo Tjahjanto bagi genre aksi komedi.
“Ini merupakan filem pertama saya di mana kekerasan dan kekacauan menjadi sebahagian dari sebuah komedi.
“Kalau sebelum ini penonton berkata ngeri melihat aksi ganas dalam karya sebelum ini, jadi untuk naskhah kali ini saya mahu mereka yang menonton filem ini boleh ketawa,” jelasnya dalam sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
Mengulas mengenai pelakon, Timo berkata kesemua mereka telah memberikan yang terbaik untuk menghidupkan karakter unik masing-masing.
“Ini merupakan antara naskhah kegemaran saya dan kesemua pelakon dalam filem ini memberikan sepenuh jiwa mereka untuk melakonkan karakter masing-masing.
“Jadi selepas saya menyunting filem ini, saya sendiri dapat merasakan mereka kesungguhan mereka dalam menjayakan filem ini. Saya sangat respek dengan mereka.
Dalam pada itu, walaupun baru sahaja ditayangkan pada Khamis lalu namun maklum balas yang diberikan penonton terhadap The Big 4 ternyata positif antaranya:
“Timo bukan main-main ya, visualnya mantap, cerita jelas dan pantas tetapi tidak terburu-buru. Lawak yang ada dalam filem ini juga lucu dan bukan dibuat-buat. Aksinya luar biasa gila!”
“Kemunculan setiap karakter mempunyai kesan masing-masing dan tiada yang disia-siakan, baik karakter utama mahu pun pendukung. Memang haris tonton!”
“Best gila filem Netflix The Big 4. Boleh gelak sampai kuar air mata weyy!”
The Big 4 dibintangi oleh pelakon hebat antaranya, Abimana Aryasatya, Putri Marino, Lutesha, Arie Kriting dan Kristo Immanuel.
Manakala Timo pula sangat dikenali dengan karya aksi seperti Killers (2014), Headshot (2006), May The Devil Take You (2018), dan The Night Comes for Us (2018).
Jangan lupa saksikan The Big 4 di Netflix.
Sinopsis:
The Big 4 mengisahkan tentang seorang detektif bernama Dina (Putri Marino) yang pergi ke suatu pulau terpencil untuk menyelidik tentang kematian bapa kandungnya.
Sebaik tiba di pulau tersebut, Dina mendapat tahu bahawa bapanya merupakan ketua pembunuh upahan.
Dina kemudiannya bertemu dengan empat bekas pembunuh upahan yang merupakan anak murid bapanya iaitu Topan (Abimana Aryasatya), Jenggo (Arie Kriting), Alpha (Lutesha) dan Pelor (Kristo Immanuel).
Dina akhirnya memutuskan untuk bekerja sama dengan mereka dan bersatu untuk menangkap penjahat yang telah membunuh bapanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Shenina Cinnamon Mudah Menjiwai Watak Laras Dalam ‘Dear David’ - “Saya Pernah Berada Dalam Kedudukan…”

gempak
11/02/2023
09:55 MYT
Cantik Shenina ni...
Laman Utama

The Big 4: “Dapat DM, Saya Ingatkan…”- Begini Rupanya Cara Kristo Immanuel Dilamar Bawa Watak Pelor

gempak
27/12/2022
11:30 MYT
The Big 4 memang best guys!
Laman Utama

Filem Mat Kilau Muncul ‘Top 5’ Carta Netflix Israel, ‘Top 10’ Di Netflix Nigeria!

gempak
25/09/2022
04:22 MYT
Mantapppp!
Nusantara

Netflix Persiap Strategi Khusus Target Kelas Menengah dan Bawah di Indonesia

gempak
08/08/2019
08:22 MYT