Jijik! Mungkin itu yang boleh disifatkan terhadap tindakan seorang pelancong wanita dipercayai dari China yang dilihat membuang air besar di perkarangan sebuah homestay di Cameron Highlands.

Dirakam menerusi CCTV, perangai pengotor wanita itu kini viral di media sosial.

BERITA TRENDING: Lelaki Pengotor Berak Depan Koridor Flat

Menerusi platform X, rata-rata netizen mencemuh tindakan individu berkenaan yang dikatakan tidak mempunyai kesedaran sivik.

Lebih mengaibkan, ada juga yang menggelarkan wanita itu sebagai lembu kerana membuang air besar di tempat terbuka tanpa rasa segan dan silu.



Menerusi laporan Kosmo! Online, penduduk di kawasan itu bimbang jika perbuatan kotor tersebut mencemarkan imej pelancong lain dari China.