Jurusolek selebriti, Datuk Alha Alfa sering menuai perhatian netizen dan pengikut-pengikutnya menerusi kandungan-kandungan menarik yang diterbitkan di laman sosial.

Kandungan video yang dikongsikan oleh Alha termasuklah teknik solekan dan hasil-hasil mekap yang pernah dikaryakan pada wajah-wajah selebriti.

Selain itu, Alha turut menggunakan wajahnya sebagai kanvas dalam berkongsi teknik solekan khususnya kepada pengikut yang ingin belajar mengenai bidang kecantikan.

Justeru, tidak hairan jika penampilan Alha di Instagram sentiasa ‘presentable’ dan kemas, seiring dengan statusnya sebagai jurusolek profesional dan juga pengusaha kosmetik.

Terbaharu, menerusi gambar yang dimuat naik, Alha berkongsi kata-kata semangat buat para pengikutnya.

Menurut Alha: “Orang yang pandai tak semestinya berjaya, nak berjaya tak semestinya kaya, apa yang penting tenang-tenang je ok.

“Doa, usaha, insha-Allah saya doakan anda semua kaya-raya,” tulisnya.

Menerusi rangan komen, ramai yang memuji kekacakan Alha. Dan tidak kurang juga yang menyamakan dirinya dengan patung dan juga aktor popular dari Korea Selatan, Lee Minho.



“Amin Allah hai Datuk jangan handsome sangat boleh!”

“Ingatkan Lee Minho tadi.”

“Makin kurus handsome Datuk.”

“Macam patung!!”

Untuk rekod, Alha kerap menata rias wajah-wajah selebriti popular seperti Ayda Jebat, Fasha Sandha dan Uqasha Senrose.

BACA: Alha Alfa Rimas Bila Peminat Tanya Bila Nak Meminang Zara Zya - "Kadang-Kadang Tergelak Sama..."

BACA: [VIDEO] "Cantiknya Macam Elfira Loy!" - Netizen Puji Alha Alfa Make Over Ratu Farah Diva

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!