Skip to main content

Budaya Popular

“Macam Shah Rukh Khan” - Netizen Puji Noh Salleh Tukar Gaya Rambut Demi Isteri

astrogempak_noh_salleh_potong_rambut-3.jpg

Penyanyi Noh Salleh sempat berkongsi video dirinya memotong rambut sebagai persediaan menyambut tahun baru.  

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 39, menukar gaya rambut baharu atas permintaan isterinya, Fatin Athira Mustapa.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian penyanyi yang terkenal dengan lagu Rahsia Tuhan untuk memotong rambutnya. 

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang berpendapat wajahnya kelihatan seperti pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, selepas memotong rambut.

Antara komen yang ditinggalkan: 



Sekadar info, Noh Salleh dan Athirah sah bergelar pasangan suami isteri pada 23 September 2023.
 

Must-Watch Video

Advertisement