Hiburan

Mahu Kongsi Ilmu Dengan Golongan Muda, Syafi Tee Banyak Baca Buku Filosofi & Naskhah Ilmiah - “Ayah Saya Bagi Galakan Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
30/11/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Kongsi Ilmu Dengan Golongan Muda, Syafi Tee Banyak Baca Buku Filosofi & Naskhah Ilmiah - “Ayah Saya Bagi Galakan Sebab…”
Pelakon Syafi Tee menyimpan hasrat untuk berkongsi ilmu dengan golongan muda lain menerusi sesi bertukar pandangan memandangkan dia banyak membaca buku filosofi serta pelbagai naskhah ilmiah.

Kongsi ilmu

Harap dapat memberi manfaat bersama, Syafi atau nama sebenarnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee berkata segala pengetahuan yang diperoleh hasil bahan bacaan ingin disebarkan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Letak Bendera Pelangi, Teman Rapat Syafi Tee Bukan Wanita Tapi Mengaku Transgender?

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Terpesona Lihat Syafi Tee Pakai Baju Melayu, Songkok - “Saya Sudah Jumpa Suami Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kononnya Peluk 'Wanita' Di Set Penggambaran? Ini Penjelasan Syafi Tee

"Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar sebab saya suka membaca selain mahu tolong orang. Banyak bahan bacaan yang boleh bagi input bermanfaat untuk dikongsikan kepada umum.

"Saya jenis yang suka menimba pengetahuan, tidak mahu setakat duduk sahaja. Dengan membaca kita dapat menemui jawapan untuk pelbagai kemusykilan.

"Apabila dapat rungkaian persoalan, jawapan itu kemudian berkembang kepada perkara lain yang buatkan saya tak puas cari ilmu seterusnya berkongsi dengan orang lain," katanya kepada Gempak.
Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran tiga drama disiaran Astro Ofis Politik, Curang Tanpa Niat dan Rahsiamu Selamat Denganku baru-baru ini.

Beri galakan

Anak kepada pendakwah bebas, Ridhuan Tee yang membintangi salah satu drama iaitu Opis Politik itu turut menyatakan hasrat menjadi penceramah bukan atas saranan bapanya.
"Banyak subjek boleh kita ketengahkan termasuk berkaitan isu kesihatan, keadaan mental, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.

"Ayah saya bagi galakan sahaja sebab dia tahu kecenderungan saya selain berlakon adalah berkongsi info macam saya buat menerusi audio siar TeeBrothers.

"Podcast yang saya mulakan akhir 2022 itu menjadi platform saya zahirkan pandangan. Bapa saya juga antara tetamu terawal podcast itu.
“Jadi kalau nak panggil saya kongsi pandangan dengan pelajar universiti atau sekolah, saya sangat alu-alukan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024