Laman Utama

Mahu Rasai Pengalaman Seperti Berada Di Luar Negara? Jom Ke Lokasi Baharu Insta-Worthy Di KL!

gempak
Syafiqah Jalal
26/02/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
Mahu Rasai Pengalaman Seperti Berada Di Luar Negara? Jom Ke Lokasi Baharu Insta-Worthy Di KL!
Meskipun pandemik yang melanda telah membataskan anda untuk bercuti ke luar negara, namun jangan bimbang kerana dengan norma baharu anda masih boleh menikmati keindahan negara kita dengan pengalaman yang berbeza dan menakjubkan.
Bukan itu sahaja, anda masih lagi boleh keluar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan serta dalam masa yang sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jadi, nak tahu lokasi menarik yang hipster dan rare untuk diabadikan di Instagram (IG) peribadi anda?
Tak perlu pergi jauh, kali ini di Kuala Lumpur sahaja ada banyak lokasi baharu yang menarik dan menjadi kegemaran insta-worthy untuk bersantai dan mengambil gambar kenangan bersama orang tersayang.
#1 Saloma Brigde Meskipun tahun 2020 merupakan tahun yang paling banyak kita berada di rumah kerana pandemik, namun dalam masa yang sama banyak juga tempat-tempat menarik wujud dan menjadi ‘insta-worthy’.
Antaranya adalah Saloma Bridge atau Pintasan Saloma iaitu jambatan yang unik dan paling cantik di Malaysia. Penghubung jalan Kampung Baru ke KLCC telah dibuka pada Februari tahun lalu.
Jambatan sepanjang 370 meter itu ternyata mencuri tumpuan orang ramai terutama waktu malam apabila memantulkan cahaya lampu yang berwarna-warni.
#2 Lake Gardens di Taman Tasik Perdana Lake Gardens juga antara lokasi menarik pada tahun 2020. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Di sini, terdapat bumbung yang unik dan cantik untuk anda merakamkan gambar yang hebat seperti berada di luar negara.
Menariknya di sekitar Lake Gardens ini terdapat juga tempat-tempat lain nyang anda boleg kunjungi seperti Tugu Negara, Panggung Anniversari, Muzium Negara, Galeri Seri Perdana, Taman Bunga Raya, Taman Orkid dan Taman Burung Kuala Lumpur.
#3 Mural Glow-In-The-Dark by Abdulrashade Mural glow-in-the-dark oleh Abdulrashare Studio di Kwai Chai Hong, Petaling Street, Kuala Lumpur merupakan tarikan baharu untuk tahun 2021.
Tidak seperti mural di seni jalanan yang lain, mural ini bagai memberikan satu suasana yang menarik terutama pada waktu malam. Mural ini bagai bercahaya dengan lampu yang berwarna warni berlatar belakangkan corak yang cantik dan unik.
Lokasi ini membuatkan anda bukan sahaja seperti berada di negara lain, malah seperti berada di dunia yang berbeza dan menakjubkan.
Mural yang menampilkan konsep inspirasi dari gambaran hidup bersama itu mendapat sentuhan oleh Abdulrashade Studio. Artis utama Abdulrashade mempunyai pengalaman bertahun-tahun dari reka bentuk grafiti hingga mewakili pelanggan di agensi reka bentuk.
Istimewanya, grafiti yang cukup unik ini berbeza keadaannya ketika di waktu siang dan malam. Di waktu malam, grafiti akan bersinar dengan hanya menggunakan basikal yang tersedia. Pastinya hebat bergambar bersama teman dan yang tersayang.
Rekaan grafik pada dinding adalah mercu tanda pada bandar-bandar yang berbeza seolah-olah OPPO membawakan dunia kepada korang, apatah lagi masa kita tak boleh nak ke mana-mana ni.
Siapa je yang tak sukakan gambar yang hispter bukan? Dengan penuh warna-warni dalam feed Instagram anda nanti. Barulah nampak lebih pelbagai!
Tema dari gambaran kehidupan ini juga merupakan kehebatan kepada pelancaran Reno5 5G terbaharu yang menggabungkan pelbagai ciri-ciri video yang kreatif dan cool! Jadi, mudahlah untuk korang ambil gambar dan video yang hebat serta berkualiti tak kira pada waktu siang mahupun waktu malam.
Pengalaman Abdulrashade yang menuntut keperluan karya seni grafiti itu menonjolkan kepentingan seni dinding interaktif dan secara tidak langsung mendekatkan anda dengan rakan dan orang yang disayangi.
Mural itu juga menjadi lokasi baharu ‘Insta-Worthy’ bagi pengunjung yang mementing seni gambar yang cantik dan menarik untuk memenuhi Instagram mereka.
Menariknya, dengan siri OPPO Reno5 bersama penyediaan kamera 64MP Quad, dengan AI Potret Pakar, AI Highlight Video dan Dual-View ini, korang dapat merakamkan saat-saat gembira dan berseronok bersama teman-teman dengan mural seni ini.
Seni mural ini berubah dari waktu siang hingga waktu malam, menjadikannya interaktif dengan berdiri pada kedudukan tertentu dan menggunakan basikal yang disediakan.
Bukan itu, sahaja dengan Siri OPPO Reno5 anda dapat bergambar bersama sekumpulan rakan anda, membuat bersama video yang menyeronokkan, atau sekadar untuk menikmati kehadiran satu sama lain. Jadi, hargai lah seni dinding dengan siri OPPO Reno5.
Selain itu, apa yang anda perlu tahu, kedatangan integrasi Reno5 Series 5G dengan SoC dari Qualcomm. Chipset Snapdragon 765G mempunyai modem 5G terpadu dan GPU Adreno, sesuai untuk sesi permainan dan streaming tanpa gangguan bersama rakan anda.
Chipset 7nm sangat sesuai untuk permainan berat, namun penggunaannya rendah pada penggunaan harian. Dengan kelajuan pengecasan pantas OPPO 65w SuperVOOC, korang boleh main game bersama sepanjang hari. OPPO 65w SuperVooc hanya memerlukan 5 minit untuk mengecaj 25%, 15 minit untuk mengecaj 60% dan 35 minit untuk mengecaj 100%. Pantas kan! Berita baik, OPPO bakal mengadakan pertandingan ‘OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland Snap & Win’ untuk anda menangi hadiah bernilai sehingga RM8,340!
Mudah sahaja pertandingan yang hanya memerlukan anda mengambil gambar penuh kreatif ini akan bermula 26 Februari hingga 31 Mac 2021.
Berikut merupakan langkah yang perlu anda lakukan untuk menyertai pertandingan ini:
Langkah 1: Ambil gambar penuh kreatif atau pun video bersama rakan-rakan dalam norma baharu dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) di mural OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland yang terletak di No.5, Jalan Balai Polis (Kwai Chai Hong), City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Langkah 2: Muat naik foto atau video tersebut akaun Instagram (IG) anda dengan menyertakan tanda pagar #OPPOReno5Wonderland #PictureLifeTogether dan jangan lupa tag bersama @oppomalaysia dan juga rakan-rakan anda.
Langkah 3: Pastikan akaun IG anda diset kepada public atau awam
Langkah 4: Terus mengikuti IG Story OPPO untuk mengetahui adakah anda pemenangnya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini kerana OPPO akan menyediakan hadiah-hadiah seperti OPPO Reno5 (2 unit) Jam OPPO 41mm (3 Unit) dan OPPO Enco 51 (5 Unit).
Jadi tunggu apa lagi? Sertai pertandingan ‘OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland Snap & Win’ dan pemenang akan diumumkan pada 6 April 2021.
Untuk maklumat lanjut sila ke; https://www.oppo.com.my/page/Reno5FriendshipWonderlandStreetArtMuralGiveawayTerms
Bukan itu sahaja, selain itu kepada pelanggan yang membuat pembelian OPPO Reno5 Series pula anda juga bakal berpeluang memenangi hadiah misteri bernilai dari RM99 hingga RM259.
Anda boleh memenangi hadiah misteri tersebut bermula 1 hingga 31 Mac 2021 ini mengikut terma dan syarat.
Bukan sekadar jenama telefon pintar terkenal, OPPO juga mahu menghidupkan semangat setiakawan dan persahabatan yang erat. Korang mesti bangga dan seronok dengan dinding mural yang canggih dan hebat ini.
Siang dan malam mencipta keindahan yang berbeza. Sehebat dan seindah persahabatan korang. Tunggu apa lagi, dapatkan OPPO Reno5 sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024