,
Laman Utama

“Mak Asyik Gelak, Ulang Tengok Ni Sampai Lupa Nak Berleter” - Penangan Kampung Latah, Mak-Mak Pun Approved!

Mya Amri
15/09/2021
11:21 MYT
Walaupun baru sahaja filem Kampung Latah Kena Kuarantin ditayangkan ternyata filem terbaharu Astro Shaw ini berjaya menambat hati penonton.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dan memberikan komen positif terhadap filem terbitan produksi MEGAPINE (M) ini.
Tidak kurang juga ada yang telah menonton Kampung Latah Kena Kuarantin berulang kali bersama keluarga.
Selain memaparkan nilai budaya dan adat resam masyarakat melayu seperti meminang, berpantun, dan kepercayaan, pemilihan pelakon dalam filem ini juga bersesuaian dengan watak masing-masing.
Antara bintang yang terlibat dalam Kampung Latah Kena Kuarantin adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Eida Moin, Elisya Sandha, Ps Mansur, Din Latah, Joey Daud, Roy Azman, Datuk Awie dan ramai lagi.
BACA: Tengok Barisan Pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin Pun Dah Tahu Havoc! -“Boleh bayang, Mula Cerita Mesti Terus Gelak”
BACA: “SonaOne, Joe Flizzow Ketepi Dik Kalau Dengar Dorang Melatah, Dahsyat!” – Joey Daud Komen Pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin
Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).
Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.
Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).
Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).
Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.
Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.
Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.
Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.
Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.