Laman Utama
"Mak Mentua, Suami Tak Pernah Kisah I Pandai Siang Ikan Ke Tak" - Uyaina Arshad
Pengacara Uyaina Arshad mengakui suaminya, Raja Syahiran dan ibu mentuanya tidak mengambil pusing akan kemahirannya menyiang ikan seperti topik yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
BERITA TRENDING: Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian…
Jelas Uyaina, hal seperti menyiang ikan punyai pelbagai solusi lebih menyenangkan seperti membeli ikan yang sudah siap diproses di pasar berbanding menyiangnya di rumah."Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit.
"Mak mentua & suami I juga paling chill.
"Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.
"Tapi.. Lek ah kaum lelaki.. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta. So……," tulis Uyaina melalui hantaran di platform X.
Uyaina turut berkongsi sekeping fotonya hasil dari air tangannya menyediakan ikan sambal lado.
"Reti siang ikan ke tak belakang cerita. Yang penting ikan sambal lado siap," tulisnya lagi.
BERITA TRENDING: "Mereka Ingat Saya Orang Arab" - Uyaina Arshad Cemas Ditahan Marsyal Di Amerika Syarikat
Namun kongsi Uyaina lagi, biarpun ibu mentuanya seorang yang tidaak mengambil pusing akan hal menyiang ikan, dia tetap menghulurkan tangan untuk membantu di dapur."I masuk je dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat," tegasnya.
Menjelaskan lebih lanjut situasi hos menyahut cabaran menyiang ikan secara langsung di siaran televisyen, Uyaina memberitahu ia merupakan situasi normal dalam rancangan terbabit.
"Kalau you tengok WHI, kita memang ada Host Challenge. Macam-macam cabaran producer of the day kita akan bagi dekat host secara spontan.
"Antaranya; kena siang ikan, tumbuk sambal belacan, teka sayur-sayuran & macam2 lagi.
"Dan siaran kami memang live. Bukan recorded. Jadi apa sahaja yang terjadi masa live tu, layankan aja.
"Ada perempuan tak reti make up. Ada tak reti lipat kain. Ada tak reti siang ikan. Ada tak reti potong ayam. Ada tak kenal sayur. Ada tak kenal ikan.
"For the two hosts, bukan mereka bangga. Tapi mereka hanya menjalankan tugas dengan buat cabaran tersebut.
"Kita pun mesti ada benda yang kita tak reti buat kan," tambah Uyaina lagi.
Must-Watch Video