HIBURAN
“Makcik Itu Kata Dia Nak Ludah Muka Saya” - Rosyam Nor Tak Bagi Isteri, Anak & Cucu Tonton Drama Lakonannya
Pelakon Datuk Rosyam Nor memberitahu dia sudah berpesan kepada ahli keluarganya agar tidak menonton drama lakonannya yang kini sedang ditayangkan.
Ada rasa malu
Mengakui ada perasaan malu dengan watak yang dibawa, Rosyam berkata, dia sendiri tidak pernah menonton drama tersebut sejak ditayangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Nak Boikot Pasar Raya, Rosyam Nor; "Sebenarnya Mereka Hanya Bergurau"
ARTIKEL BERKAITAN: “Perkara Ini Memang Berlaku Kepada Masyarakat, Perlu Dikupas Supaya Jadi Pengajaran” - Rosyam Nor
“Sebelum mula penggambaran, saya dah maklumkan dalam group Whatsapp supaya tiada sesiapa yang dibenarkan tonton drama itu apabila sudah ditayangkan.
“Pesanan itu untuk isteri, anak-anak dan cucu saya. Malah, saya sendiri sehingga hari ini tidak menonton drama tersebut.
“Walaupun saya seorang pelakon, saya sebagai manusia ada sifat malu. Tapi disebabkan kerja dan tanggungjawab, saya lakukan secara profesional,” katanya.
Pelakon berusia 58 tahun itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah podcast yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.
Terima kecaman
Tambah Rosyam lagi, gara-gara membawa watak seorang lelaki miang dan bapa ‘makan’ anak, dia banyak menerima kecaman daripada netizen yang ada juga mahu meludah ke mukanya.
“Ada mak cik kata kenapa saya ambil watak itu, mak cik tu kata dia nak ludah muka saya. Saya takut untuk ambil watak itu, kerana selepas berbelas tahun tidak muncul dengan drama dan risau jika tak berjaya bawakan dengan baik.
“Saya ada tanya kepada Erma kenapa watak saya sedemikian, tapi saya percaya mesti ada sebab. Kalau ada yang kata geli dengan watak itu, maksudnya sudah sampai kepada penonton,” ujarnya.
Sementara itu, Erma Fatima selaku penulis skrip berkata, dia memilih Rosyam untuk memegang watak Iman disebabkab aktor itu mempunyai air muka lelaki miang.
“Dalam banyak-banyak artis, aku rasa kau ada muka gatal dan ‘perogol’,” katanya.
Must-Watch Video