,
Laman Utama

Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – “Kami Perlu Membina…”

Shahrin Zulkifle
11/09/2022
02:00 MYT
Sebuah filem terbaharu bertajuk Malbatt: Misi Bakara yang menelan belanja RM20 juta bakal menjadi filem tempatan termahal yang pernah dihasilkan produksi di Malaysia.
Menurut pengarahnya, Adrian Teh kos tersebut telah diperuntukkan bagi membangunkan semula set kelengkapan tentera yang digunakan dalam filem berkenaan.
“Apa yang saya boleh katakan, untuk menghasilkan filem ini memang memerlukan bajet yang sedemikian, malah RM 20 juta itu tidak mengcukupi pun.
“Setiap pakaian yang digunakan dalam filem ini telah ditempah khas dari Indonesia dan kos untuk itu sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit.
“Sewaktu penggambaran di Turki, kami (pihak produksi) perlu membina aset-aset ketenteraan di mana kos setiap satu asset itu bernilai lebih daripada RM150,000 dan ada beberapa jenis aset lain lagi. Untuk filem ini saya menggunakan lebih 32 biji aset yang terlibat,” jelasnya.
Adrian ditemui ketika majlis sidang media pelancaran filem berkenaan yang berlangsung di Hotel Berjaya Time Square, siang tadi.
Ditanya adakah kos tersebut menjadi tinggi disebabkan bayaran pelakon yang mahal, Adrian tidak menafikan. Namun, sebanyak 70 peratus daripada kos tersebut adalah untuk bahagian produksi.
“Saya rasa soalan itu boleh dikatakan betul juga, sebab mereka (barisan pelakon) mempunyai harga masing-masing. Tapi itu bukanlah punca utama kos tinggi.
“Secara jujurnya, RM 20 juta tersebut banyak digunakan untuk bahagian produksi filem ini.
“Jika boleh dikongsikan, sebanyak 70 peratus daripada jumlah tersebut adalah untuk bahagian produksi sahaja,” katanya.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Bin Mohd dan beberapa dif-dif kehormat lain.
Malbatt: Misi Bakara menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.
Filem yang bakal menemui penonton pada tahun depan ini dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Filem ini adalah kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia. Cerita ini pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down. Penonton bakal berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali wira yang sebenar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
BorakSeeni