Pelakon Jasmin Hamid berkongsi kisah perubahan yang terjadi pada anaknya, Ian Haziq Macquistan, yang dahulunya mempunyai berat badan berlebihan (Obesiti).

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin Hamid mengakui rindu dengan bentuk badan anaknya yang dahulu dan memberi pesan kepada ibu bapa supaya tidak terlalu risau jika mempunyai anak obesiti.

"Rindunya zaman Big Boss @ihmian bam bam sebab suka gomol perut dan pipi pau dia.

"Saya pernah risau tentang Big Boss bila doktor kata Big Boss Obes, tetapi bila sudah masuk sekolah menengah dengan sendirinya Big Boss diet.

"Setahun Big Boss tak makan nasi, yelah dah masuk fasa remaja, mestilah nak bergayakan. Dah pandai berfesyen dan malu bila orang panggil Gendut.

"Kepada sesiapa yang mempunyai ada anak Obes, jangan risau sangat sebab nanti diaorang sendiri yang akan diet sebab nak runcing. Percayalah. Usaha tangga kejayaan," tulisnya.

Hi ouls ? . . Rindunya zaman Big Boss @ihmian bam bam sebab suka gomol perut dan pipi pau dia.. ?????? Saya pernah risau tentang Big Boss bila doktor kata Big Boss Obes.. Tapi bila dah masuk sekolah Menengah, dengan sendirinya Big Boss diet.. Setahun Big Boss tak makan nasi ,uols.. Yelah... Dah masuk fasa remaja, mestilah nak bergaya kan.. Dah pandai berfesyen. Malu bila orang panggil GENDUT... So pada uols yang ada anak Obes, jangan risau sangat sebab nanti diaorang sendiri yang akan diet sebab nak RUNCING.. Percayalah... Usaha tangga kejayaan ? Hebat Bukan? #artismalaysia #anak #mother #son #family #teenagers #anugerahallah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Rata-rata kagum dengan perubahan yang terjadi pada anaknya dan mereka memuji ketampanan Ian Haziq setelah kurus.

"@rohaninkids: Memang la kita sebagai mak risau kalau tengok anak-anak kita gemuk dan tak berapa aktif. Tapi Alahamdulillah by the time semuanya berubah. Anak saya pun dulu macam tu jugak sekarang dah remaja ni pandai pula jaga diri dan bergaya."

"@ja2_lita: Macam hensem lagi bam bam. Sama macam saya, bila dah slim orang kata comel dan bertambah hensem."

"@Taufiqk: Allhamdulilah, sekarang dah hensem. Semoga menjadi anak yang soleh dan sihat selalu."


Teks Oleh: Rozaimi
Foto: Instagram