Coretan pengarah dan pelakon, Erma Fatima mengenai kisah anak ketiganya yang merupakan bekas banduan membuatkan netizen sebak.

Lebih-lebih lagi apabila anak ketiganya bertanya kepada Erma sama ada ibunya itu tidak malu mendedahkan status dirinya kepada umum.

Erma berkongsi isi hatinya itu menerusi akaun Instagramnya beserta sepotong video pendek sebentar tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Erma memberitahu begitu banyak kepayahan yang dilalui sepanjang membesarkan anak lelakinya itu.

“Ini anak aku yang ke-3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah… Agama… Kasih Sayang... Meski pun banyak kekurangan aku.

“Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.

“Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia di tangkap polis dan di penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa… Sedih… Hancur hati ini... Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia.

“Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara.

“Anak-anak aku yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah. Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya…

“Walaupun dia tinggalkan aku… Hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN.

“Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..."Mama tak malu ke bagi tahu orang anak mama bekas banduan?".

“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang di kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempuh.

“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati... Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.

“Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini.

“Itu saja… Nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan,” coretnya.

Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang...meskipun byk kekurangan aku. Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini...hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku.."mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?". Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati... aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya sebak dan memuji ketabahan Erma sebagai seorang ibu.

“Sungguh mulia hati kak Erma… Besar pahala kak Erma... Biar pun anak tu bekas banduan dia tetap manusia... Ada hati dan perasaan... Bialah di pandag hina di mata manusia tapi mulia di mata Allah,” komen @rozietariesya

“Ntah kenapa, sebak lak hati ni bila baca kisah nie… Semoga kak @ermafatima tabah dalam menghadapi semua dugaan berkeluarga,” doa @rasta_elilla

“Ada hemah disebalik kesabaran seorang ibu… Moga terus tabah dengan kerenah anak-anak... Saya bangga dengan keikhlasan hati nurani seorang ibu walaupun tidak melahirkan,” tulis @arniee_3011

Foto: Instagram @ermafatima