Berita
“Mantaplah Awak, Test Jom Sekali…”- Isteri Aril Pilus Berang Terima Mesej Berbaur Lucah
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aril Pilus iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin berang apabila menerima mesej berbaur lucah di Instagram (IG) dari satu akaun yang dipercayai milik seorang lelaki tak dikenali.
Puteri mendedahkan paparan skrin mesej tersebut yang dihantar ke akaun IG miliknya.
Menerusi entri yang sama, Puteri meminta pengikutnya membuat laporan kepada akaun IG lelaki tersebut.
“Saya telah menerima sex maniac messages.
“Korang, minta tolong jalankan tugas masing masing! Tolong report mamat corona virus ni!
“Entah-entah mana-mana perempuan lagi dia mesej macam ni. Oh Tuhan tolong hantarkan dia ke Wuhan,” tulisnya.
Entri tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya terutama perempuan yang turut berang dengan mesej yang diterima itu.
Malah tidak kurang juga yang mengesayaki lelaki itu hanya menggunakan akaun palsu.
Namun, Puteri berkata meskipun akaun palsu ia perlu dibuat laporan juga supaya akaun tersebut terus disekat oleh pihak IG.
“Terima kasih korang! Appreciate sangat korang tolong report sekali!
“Fake account ke tak fake account ke. Kita tak perlukan orang macam ni dalam media sosial.
“Bukan untuk saya sahaja. Tapi untuk kaum wanita yang lain juga yang mungkin pernah menjadi mangsa begini,” katanya lagi.
Terdahulu, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
Must-Watch Video