Berita
"Manusia Sangat Durjana, Lebih Syaitan Dari Syaitan" - PU Amin
Pencetus Umah (PU) Amin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang hingga menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.
Menerusi entri di Instagram (IG), PU Amin menjelaskan dia risau dengan sikap masyarakat masa kini yang semakin membimbangkan.
"Siapa yang ada anak kecil mesti tak tertahan air mata dari mengalir. Sebak sedih dan sungguh dukacita. 2 minggu ditinggalkan dalam hutan, menangis dan siksa keseorangan.
"Cerita ini menunjukkan manusia sangat durjana. Lebih syaitan dari syaitan. Manusia makin gila. Sindrom Jahiliyah makin jelas kelihatan.
"Yang hina Nabi lagi, yang bunuh anak kecil lagi, yang menyamun ramai-ramai lagi, Zina dan pergaulan bebas lagi, kemunculan makhluk 2 jantina lagi, semua ini bencana besar yang melanda negara kita. Lebih menakutkan dari tsunami, gempa bumi dan bencana alam yang lain.
"Manusia hilang rasa bertuhan. Wahai manusia marilah kita cukupkan solat 5 waktu kita, tutup lah aurat kita, jaga akhlak kita dengan sempurna. Semakin jauh kita tinggalkan Tuhan, Semakin hebat Allah membalas kejahatan kita. Balasan Tuhan ini tanda murka Allah.
"Ya Allah, peliharalah kami, peliharalah anak anak kecil kami, peliharalah keturunan dan generasi kami. Ya Allah hanya pada Mu aku bermohon, lindungi kami semua dari kejahagan kejahatan manusia seperti ini. Allahu, pedih hati membaca kisah ini," tulisnya.
Semalam negara digemparkan dengan kisah seorang kanak-kanak, Nur Aisyah ditemukan mati di gaung di Gunung Raya kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu dalam keadaan menyayat hati apabila hanya tinggal tengkorak kepala dan cebisan rambut miliknya.
Penemuan tersebut terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap kedua-dua suspek yang menjaga kanak kanak terbabit sebaik sahaja ditahan di Ampang pada Selasa selepas dipercayai melarikan diri dari Pulau Langkawi.
Must-Watch Video