Hiburan

Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

gempak
Asyraf Roslan
29/08/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Marissa meminta orang ramai untuk berhati-hati ketika bercakap mengenai sesuatu isu.

"Henti sebarkan khabar angin yang boleh menjurus kepada fitnah.

"Berhati-hati dengan apa yang anda mahu kata dan fikirkan. Bersyukurlah aib kita masih Allah jaga," katanya dalam hantaran tersebut.

Marissa yang merupakan anak kepada pelakon terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi juga meminta orang ramai untuk tidak risau dan jaga tepi kain sendiri.
"Walaupun ada perkara yang saya tak jelaskan daripada pihak saya tapi saya minta untuk orang ramai menjaga hal sendiri," tambahnya.

BERITA TRENDING: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

BERITA TRENDING: “Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

BERITA TRENDING: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

BERITA TRENDING: Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

Marissa juga berterima kasih kepada mereka yang menyokong dan sentisa faham apa yang dia hadapi.
Terdahulu, media telah melaporkan bahawa Marissa melahirkan anak dalam keadaan pra matang.
Suaminya juga, Ahmad Aslam meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan kesihatan isteri tercinta kembali seperti biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live