Penyanyi Nabila Razali memberitahu dia berkemungkinan akan berehat lebih lama akibat masalah peti suara mengikut yang disarankan oleh doktor yang merawatnya.
Jelas Bella, dia terpaksa mengehadkan aktiviti seninya dan berada dalam pemantauan doktor sehingga betul-betul pulih.
"Ada banyak punca kepada masalah peti suara namun doktor sendiri pun tidak dapat menentukannya, kita sebagai penyanyi yang tahu.
"Bagi saya, ia kesan daripada saya bekerja terlalu kuat sampai lupa rehat. Ia juga berpunca daripada cara nyanyian kita yang tiada teknik dan ada faktor lain juga seperti pemakanan.
"Saya masih boleh bekerja cuma terpaksa bataskan penggunaan suara. Doktor menasihatkan saya berehat seberapa lama mungkin tetapi memandangkan karier seni memerlukan fizikal dan suara, saya teruskan mana yang mampu.
"Tapi kalau boleh kata doktor berhenti kejap supaya boleh pantau keadaan saya cuma tidak diberitahu berapa lama," kata Bella.
Tambahnya, menurut pemerhatiannya sebelum ini, ada antara penyanyi yang perlu berehat lama hingga memakan masa bertahun.
"Ada penyanyi pernah kena sampai ada setahun tak menyanyi langsung, duduk rumah.
"Jadi, saya dan pengurusan sudah berbincang dan terpaksa mempertimbangkan tawaran termasuk lakonan untuk saya punyai masa berehat.
"Ada juga lakonan yang memerlukan saya menjerit-jerit dan gaduh-gaduh terpaksa dibincangkan semula untuk memilih mana yang sesuai. Jujur cakap banyak yang terpaksa saya tolak," tambahnya.
Minggu lalu, Bella menerusi pengurusannya memaklumkan penyanyi dan pelakon itu terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) akibat masalah kotak suara.
Amri Hassan
Fri Dec 04 2020
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”
Aslam buat video pun lucu.
Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Ruhainies jawab dakwaan mengenai dirinya.
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.