Berita
Masih Kecil, Anak Elfira Loy Tiada Akaun Instagram
Suami Elfira Loy, Muhamad Faris Khairol Anuar merasakan anak sulung mereka belum cukup dewasa untuk membuka akaun Instagram (IG) sendiri.
Menurut Faris, buat masa ini segala perkembangan mengenai anaknya akan dikemas kini menerusi akaun IG miliknya
“Daddy kata saya tidak cukup umur untuk mempunyai akaun Instagram saya sendiri. Jadi saya akan menggunakan akaunnya!
“Saya adalah Muhamad Rayyan Khalaf. King of the Realm. Rightful Heir to the Iron Throne. Pemimpin masa depan.
“1 day old. Anak Faris dan Elfira. Let this beautiful life of mine begin,” tulis Faris.
Faris berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi enri tersebut, dia memuat naik foto terbaharu anaknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji wajah bayinya yang comel.
Tidak kurang juga masih mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kelahiran cahaya mata.
Faris dan Elfira mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu.
Must-Watch Video