Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia bagi minggu kelima telah berlangsung di Shah Alam, Theatre.

Sebanyak lapan orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular dari pelbagai cabang telah mempersembahkan suara masing-masing di pentas utama.

Minggu kelima menyaksikan Rajah Brooke sekali lagi mengungguli tempat pertama dengan dendangan lagu Romancinta nyanyian asal Mojo.

Manakala, Ayam Jantan yang dipakai oleh pelakon Hairul Azreen pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Cinta Dewa Dewi dendangan asal kumpulan Spider sekaligus tersingkir.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima daripada para juri:

#1 Rajah Brooke (Romancinta/Mojo) : 95%

#2 Enggang (Drama/Drama Band) : 93%

#3 Rafflesia (Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan Jameela) : 88%

#4 Bunga Raya (Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein) : 85%

#5 Orang Utan (Potret/Akim & The Majistret) : 79%

#6 Wau (Nirmala/Datuk Seri Siti Nurhaliza) : 79%

#7 Reno (Budi Setahun Segunung Intan/Ahmad Jais) : 77%

#8 Ayam Jantan (Cinta Dewa Dewi/Spider) : 72%

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Pelakon Janna Nick pula dijemput untuk menjadi juri jemputan bagi menggantikan Ella yang tidak dapat hadir pada minggu kelima.



Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.