Isteri penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan mengimbas semula detik ketika dimaklumkan doktor anaknya bongsunya sumbing.
Kongsi Sheila, ketika mendapat perkhabaran itu, dia tidak keruan dan sukar mengawal dirinya daripada beremosi.
"'Baby you ada sumbing sikit ya!'. Kata doktor masa mommy check up 27 minggu preggy.
"Tak lepas-lepas mata mommy pandang daddy. Jantung mommy macam stop kejap. Tapi mommy hairan tengok daddy, dia cool je.. Dia senyum.. Dia relaks.
"Sepanjang perjalanan balik, mommy diam. Dalam kepala serabut fikir kenapa dan kenapa..
"Tak tahu nak mula cerita kat sape. Orang pertama yang mommy bagitahu cuma Bonda Nina & Mama Fairuz. Diorang pun relaks je...
"Then mommy bagitahu nenek. Semua pun relaks, jadi keadaan mommy yang serabut tadi pun bertukar tenang," tulisnya menerusi akaun Instagram peribadinya.
Sheila menganggap situasinya itu sebagai rezeki dan pengalaman yang paling istimewa.
"Mommy tahu baby ni special, sebab Allah bagi pengalaman yang tak sama dengan ibu-ibu yang lain.
"Mommy banyak membaca segala benda tentang baby cleft dan insyaAllah, niat mommy dan daddy buat showcase untuk anak-anak sumbing macam Xandra akan terlaksana tak lama je lagi.
"Mommy nak anak-anak macam Xandra tak rasa down. Tak rasa too reserved dan sentiasa yakin berada di khalayak!.
"Mommy nak buktikan pada netizen, anak sumbing juga mampu berdiri sebaris anak-anak yang lain!
"Jangan merendahkan mereka. NUR AMNA QUXANDRA - CAHAYA KETENANGAN. Happy Birthday sayang!" tulisnya yang turut meraikan ulangtahun kelahiran pertama anak bongsunya itu.
Amri Hassan
Mon Feb 25 2019
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya