,
Laman Utama

Mayat Lelaki Bogel Ditemui Dalam Parit, Dipercayai Dibunuh

Ernalisa
24/08/2024
04:55 MYT
Mayat lelaki bogel dengan kesan luka tumpul pada bahagian kepala dan badan ditemukan dalam parit di belakang sebuah kedai di Pekan Lama Nilai di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malek Hasim berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat terbabit jam 12.25 tengah hari daripada orang awam.

"Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki terbabit di dalam parit belakang kedai Saravana TVC Store.

BERITA BERKAITAN : Rahsia Kekal ‘Slay’, Azfar Heri Ada Simpan… | GMW: What's In Your Bag BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..” BERITA BERKAITAN : Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki! BERITA BERKAITAN : Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan "Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki itu dipercayai warga asing yang mempunyai ciri fizikal berkulit cerah, berambut pendek, bertubuh sederhana dan tinggi lebih kurang 165 sentimeter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu
Menurutnya, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai berusia lingkungan 30-an.
Tambahnya, si mati dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 24 jam.

"Pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati ada kesan luka tumpul di bahagian kepala dan beberapa bahagian tubuh lain.

"Dia disyaki telah dibunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang ahli keluarga atau kenalannya hilang diminta tampil ke balai polis berhampiran.
"Pihak polis juga memohon bantuan orang ramai untuk berikan maklumat bagi membantu siasatan dan mengesan individu terlibat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Deputi Superintenden Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 atau balai polis berhampiran, " katanya.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.