Pelakon Janna Nick dikecam dan ditegur netizen selepas penampilannya bertudung didakwa kurang sempurna ketika berada di sebuah majlis agama.
Rata-rata merasakan adalah lebih baik Janna menutup rambut sepenuhnya ketika mengenakan selendang sewaktu berkongsi sepotong video yang memperdengarkan ayat suci al-Quran oleh seorang ustazah.
Video tersebut dimuat naik sendiri oleh Janna menerusi akaun Instagram miliknya selepas pelakon tersebut kagum dengan kelunakan suara seorang ustazah yang membaca al-Quran secara taranum
“BACAAN TARANUM...kan best kalau kita boleh baca semerdu ni. Thanks Ustazah,” tulisnya.
Selepas ditegur dan dikecam oleh netizen, Janna tidak berdiam diri malah tampil membalas salah satu komen pengikutnya.

Pun begitu, terdapat peminatnya yang turut menegur cara netizen yang mengecam Janna kerana berpendapat haruslah dilakukan dengan cara yang baik dan tidak mengaibkan.
Tidak kurang juga pengikut yang kagum dengan kelunakan suara ustazah dari video yang dikongsinya.