Penyanyi baru, Eranzz atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahdan meluahkan rasa syukur kerana diundang oleh penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang untuk menyanyi bersama di konsertnya tahun hadapan.

Memenangi tempat ketiga di pertandingan nyanyian anjuran stesen televisyen Indosiar, Golden Memories Asia yang berlangsung baru-baru ini, Eranzz menganggap perkara terbabit sebagai sesuatu yang sangat besar.

Eranzz berkongsi potongan klip video undangan Hetty di laman Instagram miliknya.

"Terima kasih Bunda! Sesuatu yang sangat besar untuk saya.. Diundang oleh Bunda Hetty Koes Endang @hke57 untuk menyanyi bersama di konsert besar Bunda di Malaysia tahun hadapan.

"Satu penghargaan yang sangat tinggi nilainya buat saya yang sememangnya bukan siapa-siapa di Malaysia.. Terima kasih Bunda..

"Semoga impian ini menjadi kenyataan. Menyanyi di hadapan bunda ini bagaikan mimpi karena saya membesar dan bekerja dengan lagu-lagu dari Bunda," tulisnya di ruangan kapsyen.

Terima kasih Bunda!❤️Sesuatu yang sangat besar utk saya.. diundang oleh Bunda Hetty Koes Endang @hke57 utk Menyanyi bersama di Konsert Besar Bunda di Malaysia tahun hadapan.. satu penghargaan yg sangat tinggi nilainya buat saya yang sememangnya bukan siapa2 di Malaysia.. terima kasih bunda.. semoga imipan ini menjadi kenyataan....... menyanyi di hadapan bunda ini bagaikan mimpi karena saya membesar dan bekerja dgn lagu2 dari Bunda... sewaktu di konsert Golden Memories Asia ini..saya hanya berpura ngak grogi (nerves) padahal dalam hati tuhan aja yang tau! Semua yg ada di @goldenmemoriesasia ini adalah legend! Boleh dikatakan GILA PENGALAMAN ini... terima kasih sekali lagi bunda Hetty kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta masukan buat saya untuk masa hadapan... SEMOGA TAHUN 2020 akn menjadi permulaan yang baik untuk saya.. love u Bunda ❤️❤️❤️❤️❤️ #goldenmemoriesasia #moment #golden #asia #indonesia #indosiar

A post shared by SHAH IRAN SHAHDAN ???? (@eranzz87_) on


Tambah Eranzz, dia berpura-pura tidak gemuruh ketika bertanding di pentas berkenaan.

"Sewaktu di konsert Golden Memories Asia, saya hanya berpura tidak gementar padahal dalam hati Tuhan aja yang tau!

"Semua yang ada di @goldenmemoriesasia ini adalah legend! Boleh dikatakan GILA PENGALAMAN ini... Terima kasih sekali lagi bunda Hetty kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta masukan buat saya untuk masa hadapan...

"Semoga tahun 2020 akan menjadi permulaan yang baik untuk saya.. Love you Bunda," tulisnya lagi.

BACA: Ketepikan 20 Peserta Serata Asia Tenggara, Penyanyi Malaysia Ini Bersaing Dengan 3 Peserta Indonesia Untuk....

Golden Memories Asia merupakan sebuah pertandingan pencarian bakat nyanyian lagu-lagu nostalgia era 1970-an sehingga 2000 yang diikuti oleh enam negara Asia Tenggara iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.

Bermula dengan 24 peserta, Eranzz berjaya mencuri perhatian juri dan penonton sehingga menamatkan perjalanan di tempat ketiga.

Dalam perkembangan lain, Eranzz kini sedang mencari material baru untuk dijadikan single bagi mengembangkan kerjaya seninya.