Laman Utama

Menangis Dengan Kesengsaraan Palestin, Anuar Zain Seru Infak Tanda Kasih

Maliah Surip
29/10/2023
03:50 MYT
Penyanyi Anuar Zain ‘mematahkan’ persepsi negatif jika penganjuran Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang berlangsung malam tadi tanpa menjaga sensitiviti kesengsaraan rakyat Palestin.
Menurut Anuar, 53, tiada yang lebih merobek hati selain melihat Palestin masih terus menjadi mangsa kekejaman Israel.

BERITA TRENDING: Bella Hadid Akhirnya Bersuara, Tak Akan Berganjak Sokong Palestin - "Saya Menerima Ratusan Ugutan...

Dengan ribuan nyawa terkorban terutama kanak-kanak, Anuar mengaku menangis setiap kali melihat atau membaca perkembangan terkini yang berlaku di Palestin.
“Memang itu yang ada dalam fikiran saya sebelum menganjurkan konsert solo ini. Namun, saya percaya kita sudah menunjukkan kasih sayang dekat saudara kita di Palestin.
“Walaupun kita bergembira, hati kita tetap bersama saudara seagama kita di bumi Palestin.

BERITA TRENDING: Berita Pilu Diterima Ketika Sedang Bertugas… Israel Serang Dan Bunuh Ahli Keluarga Wartawan Al Jazeera

"Kita beri sokongan kepada orang yang teraniaya dan semoga urusan mereka dipermudahkan," katanya sewaktu sidang media.
Penyanyi Bila Resah ini kemudian mengatakan beliau menunjukkan solidariti terhadap Palestin dengan berkongsi sedikit sebanyak di media sosial mengenai keadaan mereka di sana.
“Saya menangis tengok keadaan mereka. Hati saya koyak rabak melihat penderitaan kanak-kanak di sana,” ujarnya.
Justeru sebagai menunjukkan solidariti dan tanda prihatin terhadap Palestin, Anuar menyeru agar memberi infak atau bersedekah kepada mereka menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada.

BERITA TRENDING: Syamimia Mohon Maaf Isu Palestin & Patung David - “Saya Masih Muda & Buat Kesilapan”

“Kalau ada rezeki lebih boleh infak (sedekah) untuk mereka menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Kita kena berdoa dan beri kasih sayang kepada mereka melalui infak,"katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.