Terlepas 5 cerita menarik hari Isnin? Jom kita semak sebelum korang memulakan hari Selasa.

1. Siti nak jadikan anak-anak lasak.

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa dua orang cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa pergi ke Taman KLCC sebagai usaha untuk menghargai alam.

BACA: Mahu Anak Nikmati Alam, Siti Bawa Aafiyah & Afwa Baring Di Taman KLCC - “Saya Anak Kampung, Lasak..”

2. Anak Azhar Sulaiman ‘intern’ di AirAsia bukan pakai kabel.

Pempengaruh yang juga akan kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil menjawab dakwaan segelintir wargamaya yang berpendapat kemasukannya sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular AirAsia adalah kerana adanya ‘kabel’.

BACA: Didakwa ‘Intern’ Di AirAsia Sebab Kabel Atuk, Anak Azhar Sulaiman Buka Mulut! Netizen: “SPM Dia Banyak A..”

3. Luna Maya alami gangguan mental.

Luna mengaku mengalami gangguan mental yang dikenali sebagai Post Power Syndrome terutama pada saat berada dalam fasa usia 20-an. Putus cinta termasuk kontroversi skandal seks dengan mantan kekasihnya, Ariel Noah.

BACA: Pernah Menganggur Setahun, Luna Maya Dedah Alami Gangguan Mental

4. Fazley Yaakob buktikan manisan 'campak-campak' tetap laku.

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mempertahankan hidangan pencuci mulut yang dihampar di atas meja atau lebih dikenali sebagai sweet table dengan sebuah persembahan ‘campak-campak’ yang memukau di hadapan pelanggannya.

BACA: “Jilat Sampai Habis Licin” - Fazley Buktikan Manisan ‘Campak-Campak’ Ramai Peminat, Netizen Sokong Itu Adalah Seni

5. Ramai cemburu tengok Betty dan suami berkhemah.

Betty berkongsi gambar dan video dia sekeluarga sedang menikmati percutian sambil berkemah di tepi pantai yang mencetuskan rasa cemburu wargamaya.

BACA: Wayang Pacak Tepi Pantai, Siap Bawa Toilet? Ramai Jealous Tengok Betty Rahmad Camping!