Bintang terkenal Dian Sastrowardoyo merupakan seorang aktres yang cukup popular baik di Indonesia mahupun di Malaysia.
Berkat lakonannya sebagai Cinta dalam filem fenomena Ada Apa Dengan Cinta? membuatkan nama Dian dan dirinya menjadi pujaan serta kegilaan ramai.
Namun, tidak ramai yang tahu mengenai kehidupan Dian sebelum dirinya menjadi salah seorang pesohor seni yang disegani.
Dalam salah satu temubual di YouTube WardahBeauty, Dian menceritakan serba sedikit tentang kehidupan masa kecil yang jarang dikongsi bersama umum.
Menurut pemenang pelbagai anugerah ini, kehidupan masa kecilnya tidak sempurna seperti banyak yang dilalui orang lain.
Kedua ibu dan bapanya bercerai sewaktu dia masih kecil. Tidak lama selepas itu, sang ayah meninggal dunia pada usianya 13 tahun. Ayahnya meninggal dunia kerana penyakit hati (liver).
Apa yang membuat dirinya berasa tertekan adalah empat hari sebelum ayahnya meninggal, ibu Dian terbang ke luar negari untuk melanjutkan pelajaran.
Dan hidup bersendirian tanpa ayah serta ibu membuat Dian berasa kehidupannya cukup sukar sampai tertekan.
Hal itu kemudian mendorong dia berfikir untuk mengakhiri hidup dengan membunuh diri.
"Saya takut jadi orang yang depresi dan stres. Jadi saya fikir, sudahlah. Habiskan sahaja riwayat hidup. Bunuh diri, mungkin it was easier'.
"Dan saya memikirkan itu (bunuh diri) banyak kali," akui Dian seperti dilaporkan Kompas.
Bagaimanapun hasrat gila itu dimatikan apabila dia berasa perasaan dan perbuatan bunuh diri bukan langkah yang bagus.
Saat itu juga dia mendapat semangat baharu dan setahun kemudian mengikuti pencarian gadis majalah. Apalagi katanya dia tidak mahu saat ibunya pulang dari menyambung pelajaran, Dian Sastro hanya tinggal nama.
"Jadi setahun kemudian saya masuk pencarian gadis majalah untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri dan mahu menunjukkan kemampuan diri hidup tanpa keluarga yang sempurna," katanya lagi.
Berawal dari situlah karier Dian kemudian memuncak dan sukses sehingga ke hari ini. Dian sekaligus mengaku saat ini dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih rileks dan tidak sesekali terfikir untuk melakukan hal gila terhadap diri sendiri.
"Makin hari kehidupan saya menjadi semakin rileks. Saya melihat ini sebagai process of learning," katanya.
Instagram: @therealdisastr
Maliah Surip
Wed Apr 14 2021
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.