,
Laman Utama

Meskipun Kes Meningkat, Malaysia Tidak Akan Lakukan Penutupan Ekonomi Sepenuhnya, Ini Tegas Tengku Zafrul

Asraf Aided
30/01/2021
13:55 MYT
Malaysia tidak akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya meskipun angka penularan COVID-19 terus meningkat, tegas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, lapor AWANI.
Menurut Zafrul, sebaliknya langkah bersasar seperti dilaksanakan Kerajaan ketika ini akan diperkukuh sekiranya keadaan menjadi semakin buruk.
"Untuk senario yang buruk, kita akan mengambil langkah bersasar. Kita tidak akan melaksanakan penutup ekonomi sepenuhnya.
"Kita perlu fokus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat. Jika angka jangkitan menurun sekalipun dan kita tidak memberikan tumpuan kepada SOP ketat, angka ini boleh kembali meningkat," katanya ketika di temubual saluran CNBC.
Zafrul pada masa sama berkata kerajaan akan terus memantau sekiranya wujud keperluan mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sedia ada.
"Meskipun kita saksikan angka jangkitan mendatar, kita akan terus memantau sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu meneruskan sekatan sedia ada," katanya.
Sementara itu Zafrul berkata risiko negatif dari pelaksanaan PKP masih wujud meskipun kerajaan melaksanakan langkah rangsangan termasuk memperuntukan Belanjawan 2021 yang terbesar.
"Wujud risiko. Kami akan terus mengawal penularan COVID-19 supaya lebih banyak sektor ekonomi boleh dibuka.
"PKP 2.0 ini berbeza kerana 90 peratus sektor ekonomi yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dibuka. Cuma kita lakukan sekatan aktiviti sosial," katanya.
Justeru Zafrul yakin sasaran pertumbuhan 6.5 peratus hingga 7.5 peratus bagi 2021 masih boleh dicapai, disokong segala langkah rangsangan yang diwujudkan.
Sementara itu Zafrul berkata sasaran defisit fiskal masih kekal pada 5.4 peratus tahun ini susulan perbelanjaan besar melalui pakej rangsangan.
"Masih terlalu awal untuk menilai. Jika kami perlu menyuntik lagi pakej rangsangan, kerajaan akan lakukan dan ia sudah pasti akan menjejaskan sasaran defisit fiskal.
"Namun jika ia membantu pertumbuhan KDNK dan pendapatan, sasaran (defisit fiskal) masih kekal," katanya lagi.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tesla Batal Rancangan Bina Kilang Di Malaysia, Thailand Dan Indonesia?

gempak
08/08/2024
04:55 MYT
Tesla dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Hiburan

"Anak Bukan Satu Beban" - Siti Elizad Tak Faham Segelintir Individu Anggap Anak Mengganggu Ekonomi Keluarga

gempak
14/07/2024
04:00 MYT
Baru-baru ini, viral satu video di media sosial yang memperlihatkan sepasangan suami isteri yang didakwa berkeinginan Childfree.
Berita

"Tahun Berniaga Paling Teruk" - Peniaga Jalan TAR

gempak
01/04/2024
01:32 MYT
Ekonomi negara kurang memberangsangkan dengan harga barang keperluan semakin meningkat.
Laman Utama

Tengku Zafrul Puji Filem Gemencheh Boys - “Pengajaran Bagi Saya Ialah Jangan Putus Asa”

gempak
04/10/2023
06:50 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Inspektor Sheila Cari Yang Cergas & Fit, Nama Tengku Zafrul Terkait – “Maaf Saya Dah Berpunya”

gempak
07/07/2023
12:36 MYT
Amboi petik nama Tengku Zafrul pulak