Pelakon Wan Sharmila memberitahu bahawa dirinya gementar untuk kembali ke set penggambaran selepas lama tidak beraksi di hadapan kamera.

Bahkan, Wan Sharmila, 38, atau mesra di sapa Lala berkata, kemunculan dirinya di kaca televisyen nanti akan menjadi naskhah pertama menampilkan imej baharunya yang berhijab.

Perkara itu dikongsikan Lala menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Baru habis baca skrip ni. Baru sikit. Nanti sambung lagi.

"Lepas ni kalau saya berlakon bermakna drama pertama yang saya berhijab sepenuhnya.

"Sebenarnya gementar sebab dah lama tak berlakon. Mesti saya berlakon macam kayu," luahnya di Instagram.

Baru habis baca skrip ni. Baru sikit. Nanti sambung lagi. ?. Lepas ni kalau i berlakon bermakna drama pertama yg i fully berhijab. Actually nervous sbb dah lama tak berlakon. Mesti i berlakon mcm kayu. ?. Tetiba kan i terfikir apa tau. Kalau lah London tu 15min da sampai mmg dah lama i hilang dalam London skrg ni. Do not disturb. Gitew. ⛄️

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on


Perkongsian pelakon drama Senafas Rindu itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata tidak sabar untuk menunggu kemunculan Lala di kaca televisyen.

"Tak sabar nak tengok lakonan sis dengan imej baru.

"Awak ada bakat yang baik. Lagi bagus sekarang dah berhijab, macam watak tu kena tengok-tengok juga la kan...tak boleh macam dulu kan, saya doakan yang terbaik buat awak," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Lala tampil berhijab buat pertama kali ketika bercuti di Osaka, Jepun, pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, drama Cinta Tiada Ganti itu menafikan penghijrahan itu disebabkan dirinya mahu mengakhiri zaman bujang.

BACA: Pakai Tudung Sebab Nak Kahwin? Ini Jawab Wan Sharmila