Laman Utama
Michael Ang Luah Rasa Kesal Cara Kasar Individu Agih Sumbangan – “Islam Yang Aku Belajar Bukan Macam Ni!
Sejak semalam, tular video seorang individu memperkenalkan diri sebagai 'ustaz' yang berceramah dengan cara agak kasar ketika mengagihkan bantuan.
Video tersebut telah mengundang kecaman ramai yang beranggapan tindakan ‘ustaz’ tersebut tidak bersesuaian dengan imej Islam yang dibawanya.
Termasuklah pengarah dan penerbit popular Michael Ang yang turut meluahkan rasa terkilannya menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG).
Advertisement
Michael berkata, individu terbabit tidak sepatutnya bertindak memalukan orang lain, sebaliknya berilah sumbangan dengan ikhlas.
“Ini salah dari segenap sudut. Tepok dan tahniah sebab satu video akan buat orang salah anggap dan benci Islam.
“Macam ni ke Allah ajar kita? Nak derma tu derma aje la, tak perlu la nak malukan dan buat mcm tu. Serious la this so sad.
“Semenjak Covid ni macam-macam Pak Menteri buat or statement bodoh yang keluar aku tak la marah or bersedih naw naw.
“But video ni betul-betul aku sedih sampai ke tahap aku malu dan menyesal org tahu aku ISLAM. Islam yang aku belajar bukan macam ni!
“Mungkin niat kau nak tolong tu bagus, tapi cara kau nak berdakwah tu buat macam orang-orang kat situ dah tak ada harga diri! You are worst then Israel!,” katanya kesal.
Pendapat Michael penyanyi dipersetujui ramai, dan rata-rata berpendapat soalan-soalan individu terbabit berkaitan solat dan ibadah Islam yang lain kepada penerima bantuan, sebagai tidak wajar.
Mereka turut berasa malu kerana seorang saudara baru seperti Michael perlu melihat perkara kurang berhemah seperti itu.
Must-Watch Video