gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Tanam Gigi Taring, Limbad Dipanggil Syaitan
HIBURAN
Fara Salleh Harap Anak Tak Jadi Mangsa Ejekan Disebabkan Konflik Keluarga - “Dia Sempurna, Cantik…”
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mierul Aiman Teruja Dapat Tawaran Berlakon Di Singapura! - "Ini Tempat Yang Sesuai Untuk Saya ..."

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
19/03/2025
19:55 MYT
Sponsor Banner
Mierul Aiman Teruja Dapat Tawaran Berlakon Di Singapura! - "Ini Tempat Yang Sesuai Untuk Saya ..."
Pelakon berbakat besar, Mierul Aiman berkongsi keterujaannya apabila dia mendapat peluang untuk kembangkan karier lakonannya di Singapura.
Menurut Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, pengalaman bekerja di negara jiran itu sangat bermakna buat dirinya, malah dia berasa terharu dengan sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak di sana.
“Alhamdulillah, saya sangat seronok dan ini adalah pengalaman yang menarik! Saya juga terharu dengan penerimaan orang-orang Singapura, baik dari segi kerja lakonan, kru produksi dan banyak lagi,” katanya kepada Gempak.
Mierul berkata demikian ketika menghadiri sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada masa sama, aktor yang terkenal menerusi siri Project: High Council itu turut menyatakan Singapura merupakan platform terbaik untuk dia kembangkan bakatnya dalam dunia seni.
Bagaimanapun, dia juga berharap akan ada lebih banyak peluang untuk dia di negara tersebut selepas ini.
“Saya terbuka hati untuk menerima watak tersebut kerana bagi saya, Singapura adalah tempat yang sesuai untuk saya kembangkan lagi bakat dalam dunia seni ini.

“Insya-Allah, saya yakin akan ada lebih banyak peluang datang kepada saya. Harapan saya, perjalanan karier ini akan menjadi lebih matang dari semasa ke semasa,” kongsinya.

Pegang watak orang berniaga di pasar malam
Bercakap mengenai projek terbarunya, aktor itu turut berkongsi dia kini sedang terlibat dalam sebuah naskah berjudul Pasar Malam.
Kata Mierul, kisah ini menceritakan tentang dunia pasar malam yang penuh warna-warni serta pelbagai cabaran yang dihadapi oleh peniaga.
Tambahnya lagi, pelakon itu mengakui dia banyak belajar tentang dunia realiti kehidupan para peniaga kecil dimana mereka bergantung harap pada rezeki berniaga di pasar malam.
“Saya membawa watak Salihin, seorang lelaki yang berasal dari keluarga peniaga pasar malam. Dalam cerita ini, kami sekeluarga menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan.
“Saya sebagai seorang pelakon, saya banyak belajar tentang dunia pasar malam itu sendiri,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: Viral Video Beli Rumah Konon Nak Kahwin, Ini Penjelasan Mierul Aiman - "Sebenarnya Tekaan Itu ..."

BERITA BERKAITAN: "Kita Perlu Buat Lebih Banyak Homework!" - Mierul Aiman Pertama Kali Jadi Pengacara, Cabar Diri Lebih Yakin & Versatil

BERITA BERKAITAN: “Ini Adalah Investment Saya Untuk…” - Mierul Aiman Beli Rumah, Peminat Teruja Nak Jadi Jiran

BERITA BERKAITAN: Anggap Mierul Aiman Pelakon ‘Sempurna’, Alif Satar Teringin Nak Bekerjasama - “Dia Seorang Yang..."

Topic Berkaitan
#Berlakon
#Singapura
#Mierul Aiman
#Teruja
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement