,
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

Ainun
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
Jelas bintang filem Sheriff itu, peluang yang jarang diperoleh itu diterimanya dengan bangga.
"Alhamdulillah saya pun tidak sangka diberi peluang kali pertama oleh Miffest 2024 untuk menjadi juri.

"Saya mengambil peluang ini begitu serius tapi saya dapatlah belajar serba sedikit tentang filem-filem luar, filem festival dan rakan-rakan artis yang sudah pun mendapat pengalaman yang macam ini.

"Bagi saya ini merupakan kali pertama saya menjadi juri, jadi Alhamdulillah. Saya pun turut gembira bila tengok rakan-rakan artis menyambut karya seni dengan penuh kegembiraan," katanya kepada Gempak.
Ditanya tentang pilihan peribadinya untuk kesemua filem yang dipertandingkan tahun ini, Zul akui ia keputusan yang sukar.
“Kita kena tengok dengan cara yang berbeza dari sebelumnya.
"Apa topik yang dibincang dan diangkat dalam setiap filem mempunyai identiti masing-masing. Susah juga sebab semuanya hebat dan menarik," tambahnya.

BERITA TRENDING: MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

BERITA TRENDING: Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

BERITA TRENDING: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

BERITA TRENDING: "Daripada Dulu Mak Saya Memang Sayang Dia" - Raya Bersama, Zul Ariffin Anggap Gayatri Seperti Keluarga Sendiri

Duduk bersama di bangku juri untuk MIFFest 2024 ialah karyawan dari negara-negara luar termasuk India (Suhasini Maniratnam), Hong Kong (Felix Chong), China (Zhang Xianmin) dan Thailand (Kong Rithdee).
MIFFest 2024 menjemput semua peminat filem, professional industri dan pencinta sinema untuk menyertai perjalanan sinematik yang luar biasa dari 21 sehingga 28 Julai 2024.
Tahun ini, MIFFest yang diperbaharui dan disegarkan akan dibentangkan, menjanjikan pengalaman yang tidak dilupakan.
Mengangkat tema “Uncaged”, sebanyak 50 filem dari 30 negara dalam 35 bahasa dipertandingkan.
Antaranya In The Land of Brothers, Hood Witch, Evil Does Not Exist, Sujo, Elegies, Muallaf, Forest Killer, Rapture, Serambi, Thelma, Abang Adik dan banyak lagi.
Bermula hari ini, peminat filem boleh menikmati pelbagai tawaran filem di GSC MyTown dan GSC LaLaport BBCC.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

gempak
31/08/2024
21:55 MYT
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulklifi Ariffin,38, tidak dinafikan ramai ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik namun apabila beraksi di hadapan kamera, fizikal itu tidak digunakan sebaiknya.
Hiburan

Green Day Bakal Adakan Konsert Sulung Di Malaysia, Peminat Mula Tak ‘Keruan’

gempak
23/08/2024
09:25 MYT
Kumpulan legenda punk rock, Green Day bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada tahun depan.
Viral

Tyra Kamaruzzaman Kini Hamil Anak Pertama

gempak
03/08/2024
07:25 MYT
Pengasas kosmetik T.K, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa bersyukur dan teruja apabila dirinya kini hamil anak pertama.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.