Kisah seorang cef asal New Delhi, India iaitu Salil Mehta yang mengusahakan sebuah restoran masakan Melaysia di New York, Amerika Syarikat, sehingga meraih pengiktirafan Michelin membuka mata ramai orang.

Bintang Michelin

Selain kisah kejayaan luar biasa tersebut, fakta mengenai Salil yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia sungguhpun berbisnes masakan popular dari negara kita turut meraih perhatian ramai.

Menerusi wawancara bersama CBS News, Salil yang merupakan seorang pelajar fesyen mula mencuba nasib dalam dunia kulinari selepas mengambil alih restoran Laut pada 2010.


Tujuan asal Salil adalah untuk meneruskan kehidupan.

“Saya tidak pernah ke Malaysia dalam hidup saya,” kongsi Salil.

Mendengar kenyataan tersebut, pengacara yang mengendalikan wawancara berkenaan iaitu Meg Oliver dilihat sangat terkejut.

Hal ini kerana, Salil dilihat berjaya dalam bidang kulinari dan memasak masakan dari Malaysia sehingga meraih bintang Michelin, tanpa merasai makanan-makanan tersebut di negara asal.

Malaysia

Meninjau ruangan komen di Youtube, ramai dilihat turut terkejut dan mengandaikan pengiktirafan tersebut tidak memberikan sebarang makna.

Hal ini kerana, penonton mendakwa makanan yang disediakan Salil tidak mencerminkan makanan asli dari Malaysia.





Untuk rekod, Bintang Michelin merupakan penghargaan yang diberikan untuk masakan yang luar biasa, dinilai dari segi harmoni rasa, penguasaan teknik masakan, dan konsistensi penyediaan menu tersebut dari masa ke masa.

Sumber: Youtube

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Jalan Jalan Cari Makan! 3 Port Makan Best Di KL Cadangan The Michelin Guide Yang Korang Boleh Cuba

ARTIKEL BERKAITAN: #TravelMana: Selepas KL, Jom Jalan Jalan Cari Makan Di 5 Restauran Pulau Pinang Pilihan The MICHELIN Guide