Laman Utama
Mimi Lana Kata Tak Logik Hentam Pelakon Baru - "Jadi Pelakon Lama Bukan Tiket Datang Lambat & Berlagak"
Pelakon Mimi Lana berpendapat tidak logik untuk pemain industri menghentam pelakon baru semata-mata dalam soal sikap ketika bekerja.
Jelas Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, isu disiplin pelakon di set penggambaran tidak tertakluk pada usia atau sejauh mana pengalaman dalam industri.
"Pelakon baru ke, pelakon lama ke sama je. Masing masing kena jaga attitude and jadi contoh yang baik di set.
"Saya bekerja banyak dengan pelakon baru dan juga pelakon lama. Saya rasa tak logik kalau kita nak hentam pelakon baru SAHAJA," ciapnya di Twitter.
Bagaimanapun, jelas bintang filem Pusaka itu setiap pelakon tidak kira usia dalam industri harus bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
"Jadi pelakon baru bukan tiket untuk bagi alasan tak baca script atau memahami script, itu dah jadi tanggungjawab.
"Jadi pelakon lama pula bukan tiket untuk selalu datang lambat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul," ujarnya.
Terdahulu, ramai yang meluahkan kekesalan terhadap perangai pelakon yang diangkat dari populariti media sosial yang tidak komited terhadap kerja dan masih mentah untuk terbabit dalam produksi lakonan.
Hal itu kemudiannya mendapat perhatian golongan pelakon lama dalam industri yang mendedahkan sikap tidak peduli pelakon baru yang datang ke set penggambaran tanpa persediaan dan tidak bersosial antara satu sama lain.
Must-Watch Video