Perkahwinan pelakon dan pengacara Mira Filzah telah menjadi sebutan dan bualan sejak dia diijabkabulkan dengan Wan Emir Astar pada 3 September lalu.

Dari busana dan gayanya yang ringkas di hari pernikahan, Mira dan Emir terus menjadi bualan termasuk ketika kedua-dua persandingannya.

Malah pasangan itu sendiri mendapat perhatian ramai sehingga trending di media sosial.

BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir

BACA: Sweet! Ramai Pula Jadikan Gambar Majlis Kahwin Mira Filzah & Wan Emir Wallpaper Handphone

BACA: Selepas Mira Filzah Kahwin, Safiey Illias Pulak Nak Akhiri Zaman Bujang - "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul ..."

Justeru, Gempak mahu mengimbau 5 lagi perkahwinan selebriti yang turut menjadi bualan di media sosial.

#1 Yuna & Adam Sinclair



Perkahwinan penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna dan Adam Sinclair telah menjadi bualan selepas pelaminnya dilihat sangat unik dengan hanya daun dan bunga-bungaan berlatarbelakangkan pergunungan di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Sejak itu pelaminnya menjadi sebutan di media sosial sehingga tular bakal pengantin yang mengimpikan pelamin yang sama dengan harga jauh lebih murah dan tidak masuk akal. Perkahwinan pasangan ini juga telah dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia kerana selama ini Yuna sangat berahsia tentang hubungan cintanya. Pasangan ini bernikah pada 26 Januari 2018

#2 Izara Aishah & Adib Khalid

Perkahwinan pelakon cantik jelita, Izara Aishah ini juga menjadi bualan ramai. Bukan sahaja kerana dia berkahwin dengan anak tiri penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, malah veil atau selendang yang digayakan pada majlis pernikahannya itu turut menjadi perhatian. Veil keras itu mendapat troll di media sosial apabila ia disamakan dengan roti tisu. Bagaimana busanan rekaan Datuk Rizalman itu tetap mendapat pujian netizen.

#3 Mawar Rashid & Raf Yaakob

Perkahwinan pasangan Mawar Rashid & Raf Yaakob juga mendapat perhatian di media sosial. Apa yang menjadi tarikan ramai adalah kek perkahwinan tergantung di majlis resepsi mendapat perhatian. Menariknya kek perkahwinan pasangan terbabit yang diberi nama Enchanted Rose setiap satu lapisan bertatahkan kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah. Kek yang menggunakan 7,777 biji kristal dengan ketinggian kira-kira 12 meter itu sekali gus dikatakan yang tertinggi pernah dihasilkan, sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

#4 Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy Perkahwinan pelakon Elfira Loy telah dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya selepas pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus ditengah jalan. Sebelum berkahwin, Elfira sangat berahsia tentang siapakan gerangan bakal suaminya ketika itu sehinggalah dia diijabkabulkan dengan Mohd Faris Anuar. Majlis perkahwinannya menjadi tumpuan netizen apabila mengadakan 5 resepsi di lokasi yang berbeza termasuk di kampung suaminya di Melaka.

#5 Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir antara selebirti yang dilihat sangat cantik dan berseri di majlis nikah mahupun di majlis persandingannya. Menariknya gaun yang dipakai ketika majlis resepi yang bertemakan Royal British – Fairytale menjadi tular dan bualan hangat kerana terlalu cantik. Gaun pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa rekaan Tengku Putra Aziz dari butik Cosry itu itu disiapkan menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata swarozski serta beberapa jenis batuan lain.