Laman Utama

Mira Filzah Selamat Bersalin Putera Sulung, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan ...

gempak
Amri Hassan
10/05/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah Selamat Bersalin Putera Sulung, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan ...
Pelakon cantik Mira Filzah telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pagi Selasa.
Khabar gembira itu telah diumumkan oleh suaminya, Wan Emir Astar menerusi akaun Instagram mereka.
"Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
"Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi," maklumnya.
Tambah Wan Emir, Mira dan putera mereka kini berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat.
"Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
"Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
"May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA," tambahnya bersama tanda pagar #ArahManaSyurga dan #EmirAmirah.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan pasangan itu mengumumkan berita kehamilan pada Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live