Pelakon Uqasha Senrose teruja menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2021) tahun ini.

Menurut Uqasha, sebelum ini dia juga merupakan penonton setia program kegemaran ramai itu.

Dalam hantaran di akaun Instagramnya juga, Uqasha turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kepercayaan kepadanya.

“Pertama sekali Qasha nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan pada Qasha untuk menggalas tugas sebagai juri tetap untuk program yang cukup hebat ni.

“Bertahun-tahun Qasha memang pengikut setia Maharaja Lawak tak pernah tertinggal sebab saya enjoy rancangan itu dan rasa sangat terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka.

“Tahun ini saya adalah salah seorang juri. Saya sangat teruja untuk melihat para peserta berikan yang terbaik,” tulisnya.

Bagaimanapun tunang kepada pelakon Kamal Adli ini menjelaskan tugasnya adalah sebagai ‘mata penonton’.

“Qasha bukan seorang pelawak untuk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dalam bidang Qasha tapi sebagai mata-mata penonton.

“Sebagai seorang pelakon Qasha nak terhibur dan gelak dengan pelawak-pelawak otai kita. Kalau kelakar kita gelak,” coretnya.

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

BACA: #MLM2021: Markah Penuh Minggu Pertama, Nama Tok Ram, Afdlin Shauki, Douglas Lim Kena Petik Gara-Gara Sang Bara

Selain Uqasha, juri tahun ini juga adalah Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh dan Diana Danielle.

Minggu pertama menyaksikan kumpulan Boro berada ditangga teratas dengan markah sebanyak 74.84% manakala kumpulan Ori pula berada dikedudukan terakhir iaitu 36.56%.

Jangan lupa saksikan MLM2021 setiap Jumaat, 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLM2021 juga boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Bakat Terpadu’, MLM2021 ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Untuk perkembangan terkini MLM2021, layari laman web rasmi di www.gempak.com/maharajalawakmega