Nama usahawan terkenal Datuk Seri Vida hangat diperkatakan netizen selepas muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) sebagai tetamu jemputan pada Jumaat.

Vida yang dijemput kumpulan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B untuk membuat persembahan bersama dikatakan menjadi punca mereka tersingkir.

Malah juri tetap MLS2, Datuk Awie juga turut memberikan komen pedas kepada Vida.

Menurut Awie, pembabitan Vida membuatkan ABC tenggelam dan sketsa yang dipersembahkan menjadi tidak teratur.

“Peringkat awal tadi masa mula-mula sebelum datuk seri masuk saya nampak dah ada sesuatu yang best di situ antara Cik B dengan Achok dah okay. Momentum tu dah okay.

“Kemudian apabila termasuk Datuk Seri dalam ni tadi dia menjadi satu cerita yang dah berbeza, dah lari daripada tajuk cerita dia. Jadi agak terganggu juga penceritaan ini. Minta maaf ini cerita ikhlas.

“Mungkin tidak mementingkan kemenangan tetapi saya rasa yang lain ni perlu untuk menang untuk mendapatkan sesuatu di pentas yang besar ni.

“Sayang sangat sayang dia jadi huru-hara kat atas tu. Jadi saya bagi 3 bintang,” komen Awie

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Vida yang dianggap merosakkan persembahan kumpulan anaknya sendiri.







Terdahulu, ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di pentas separuh akhir MLS2.

BACA: MLS2: ABC Salah Percaturan, Zuzuzu Tiada Rezeki Masuk Final

Netizen juga seolah-olah menyalahkan Vida kerana terlalu over sewaktu membuat persembahan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton sebaik sahaja melihat ABC berusaha mengawal keadaan.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI