Skip to main content

Berita Tempatan

Moto Guzzi Malaysia anjur promosi ‘Ride-Now-Pay-Later’

moto-guzzi-ride-now-pay-later-mi.jpg

Jika anda mahu memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi, ini masa yang terbaik apabila Moto Guzzi Malaysia menganjurkan promosi ‘Ride-Now-Pay-Later’.

Promosi itu berlangsung bermula 15 Jun sehingga 31 Ogos 2019. Moto Guzzi Malaysia akan membenarkan anda menunggang motosikal kegemaran anda secara percuma selama enam bulan.

Advertisement

Bagaimanapun, ia sudah pasti mempunyai terma dan syaratnya sebelum anda memiliki jentera berkenaan.

Untuk keterangan lanjut, lebih elok anda berkunjung ke pengedar Moto Guzzi membabitkan Welly World Cycle di Sungai Buloh, Selangor, Stronghold Cycles @ The Gasket Alley di Petaling Jaya, Selangor, Sheng Fatt Motor Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Soon Hin Co di Kuantan, Pahang.


 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement