Skip to main content

Berita Tempatan

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

astro_gempak_mpox-bukan-covid-baharu.png

Pengarah WHO di Eropah, Hans Kluge berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan terhadap strain Clade 1b yang telah menyebabkan agensi itu mengisytiharkan Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) pada minggu lalu.

Menurutnya, risiko mpox dalam kalangan populasi umum kekal rendah meskipun banyak negara di luar Afrika sudah mula merekodkan kes virus tersebut.

Difahamkan, ia disebarkan melalui kontak kulit ke kulit dan terdapat kemungkinan ia boleh menular melalui titisan air liur individu dijangkiti dengan kontak rapat.

"Cara penularannya masih tidak jelas. Lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan," ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata, agensi tersebut tidak menyarankan penggunaan pelitup muka seperti dikenakan sewaktu pandemik Covid-19.

"Kami juga tidak menggalakkan program vaksinasi secara besar-besaran. Ia hanya diberikan kepada kumpulan paling berisiko," tambahnya.

Pada Julai 2022, tahap amaran sama dikeluarkan WHO susulan penyebaran strain Clade 2b mpox yang menjangkiti golongan homoseksual dan biseksual.

Ia bagaimanapun ditarik balik pada Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

ARTIKEL BERKAITAN: Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

ARTIKEL BERKAITAN: Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cacar Monyet Membimbangkan, New York Isytihar Darurat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Homoseksual Lebih Ramai Hidap Cacar Monyet!


Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement