SUKAN
Muhammad Shah Firdaus Raih Emas Piala Negara-Negara UCI
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencipta detik kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye awal pagi ini.
Pelumba berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk meloloskan diri daripada kepungan empat pelumba lain sebelum memintas pesaingnya beberapa meter sebelum garisan penamat di Velodrom Konya.
Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba yang diberi julukan The Terminator itu pada kejohanan UCI sekali gus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.
⚡ Day 2 delivered BIG⚡4️⃣ epic finals, 4️⃣ incredible podiums at the 2025 UCI Track Nations Cup in Konya 🇨🇳Which was your favourite final of the day? 🤩#TrackCycling pic.twitter.com/WXBnCTDOEp— UCI Track Cycling (@UCI_Track) March 15, 2025
Pemenang pingat gangsa acara pecut berpasukan Olimpik Tokyo 2020, Sebastien Vigier dari Perancis meraih perak manakala juara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 bulan lepas, Shinji Nakano dari Jepun membawa pulang gangsa.
Muhammad Shah Firdaus melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
BERITA BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus Sukar Terima Impian Pingat Berkecai Dalam Beberapa Saat
BERITA BERKAITAN: Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!
BERITA BERKAITAN: Sebak Lihat Abang Kemalangan, Adik Shah Firdaus Gesa Netizen Berhenti Serang Sosial Media Pelumba Jepun - “Kita Tak Boleh Menyalahkan Atau…”
BERITA BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus
Must-Watch Video