Pelakon Fathia Latiff menjadi individu terawal membantu seorang remaja mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Twitter milik pengguna bernama @miruloy, Fathia tanpa segan silu turun untuk menolong rakannya, Sai yang terbaring di bahu jalan akibat kemalangan.

"Sai alhamdulilah ok, sekarang ni dia nak jumpa sangat Fathia Latiff sebab dia orang pertama di tempat kejadian tadi, banyak tolong Sai bang. Eh geram pulak aku

"Akhirnya betullah Fathia Latiff tolong Sai sebab ada bukti bergambar, mantap dik saiiiii. Mantapppp," tulis pengguna terbabit.


Difahamkan Fathia bertindak untuk menenangkan mangsa kemalangan terbabit sementara menunggu ambulans tiba di lokasi kejadian.

Namun, mencetuskan perasaan geram dalam kalangan netizen apabila Sai berpeluang untuk berpegangan tangan dengan Fathia ketika kejadian berlaku.

Tidak lupa juga ada yang masih mengambil tahu dan bertanyakan khabar pemuda terbabit.

"Eh dari kesian bertukar marah pula aku tengok Fathia bermanja dengan Dek Sai tu," tulis @YobJelebor.

"Siap genggam tangan tu power," tambah @mr_ryzel.

"Alamak mahal gambar ni hahaha," tulis @azimism_.

"Ha semua gelabah, hari tu time dia buka tudung bukan main kecam dia lagi-lagi dengan rambut line dia, bukan main hebat engkorang ye. Sekarang semua macam cicak," sahut @missmay99.