HIBURAN
Muncul Sebagai Duta Baju Raya, Zizan Razak Tak Kisah Netizen Restu Gandingan Bersama Emma Maembong - “Tapi Jangan…”
Kemunculan pelawak Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong sebagai antara wajah kempen raya sebuah jenama pakaian popular, Hijabistahub sempena Aidilfitri tahun ini mendapat perhatian ramai.
Rata-rata warganet mula teruja dan merestui gandingan ini kerena mereka pernah menjalin hubungan cinta suatu ketika dulu.
Kekal professional
Zizan Razak ketika ditemui bagaimanapun memaklumkan bahawa hubungan mereka ketika ini adalah sebatas teman sahaja.
Katanya lagi, mereka berdua hanya mengekalkan sikap professional dan menghormati satu sama lain sewaktu bekerja.
“Saya menghormati pekerjaan saya apa yang terjadi antara saya dan Emma memang professional. Kami buat semua itu untuk kerja.
“Saya juga menghormati kedudukan Emma selepas bercerai dan ada teman lelaki.
“Saya risau juga ada salah faham kerana saya dengan bekas suami Emma sebelum ini memang baik. Tapi saya fikir niat untuk kerja sahaja.
“Kami selalu juga berhubung sebelum ini untuk tujuan bekerja, ada bercerita juga tentang kehidupan dia tapi sewaktu sesi bergambar untuk Hijabistahub itu baru betul-betul berjumpa semula,” katanya ketika ditemui media sewaktu sidang media majlis Hijabistahub Raya Paling Epik di Setia Alam pada Sabtu.
Sementara itu, pelakon filem Polis Evo itu juga tidak kisah sekiranya pengguna media sosial merestui kemesraan yang dipaparkan bersama Emma sewaktu kempen raya tersebut.
Namun, enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan.
“Saya tiada masalah kerana tahu ini zaman media sosial, bila ada yang restu apa salahnya kami melayan.
“Saya dengan dia bukan musuh, kami buat untuk kebaikan. Tapi jangan berlebihan.
Sekadar info, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.
Emma sebelum ini mengejutkan orang ramai dengan mengesahkan dirinya tidak lagi sehaluan bersama bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi perkembangan lain, Zizan dan Emma menjadi salah satu selebriti yang telah dilantik menjadi muse untuk kempen raya Hijabistahub.
Selain mereka, Hijabistahub juga membawa masuk wajah baharu dari seberang antaranya pelakon Ipar Adalah Maut, Davina Karamoy dan personaliti media sosial Fuji.
Must-Watch Video