Aktor Fattah Amin berkata mungkin adegan ‘cium’ dia dan Janna Nick ketika penggambaran drama bersiri Coffee Prince akan dipotong atau tidak ditayangkan.
Fattah memberitahu apa sahaja kemungkinan akan berlaku kerana drama bersiri itu belum lagi selesai penggambaran.
"Sebenarnya orang yang patut menjawab semua ini adalah pengarahnya, Michael Ang dan saya rasa dia pun sudah menjelaskan segala-galanya.
"Ia di luar jangkaan kami apabila tiba-tiba foto ketika penggambaran kami tersebar.
"Yelah, jika hendak diikutkan sebenarnya ia tidak boleh didedahkan sebelum ditayangkan kepada umum.
"Namun jangan salah faham, tiada adegan bercium pun di antara kami. Cuma mungkin kelihatan seperti sedang bercium.
"Siapa tahu, mungkin juga adegan itu akan dipotong? Lagipun ia belum dihantar ke Astro atau melalui proses penapisan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF),” katanya kepada Astro Gempak.
Terdahulu, pelakon Fara Mendoza telah memuat naik video adegan pasangan itu ‘bercium’ di laman Instagram.
Video tersebut menjadi tular dan mendapat kecaman netizen yang merasakan ia tidak sesuai untuk tontonan umum.
Sementara itu, Fattah memberitahu dia tidak terkesan dengan apa yang berlaku kerana keluarganya sentiasa bersamanya.
"Alhamdulilah, keluarga saya amat memahami kerja saya dan mereka percaya apa sahaja yang saya buat.
"Mereka lebih mempercayai saya daripada orang luar.
"Jadi saya tidak ada rasa bimbang mengenainya," katanya lagi
Selain Fattah dan Janna, Coffee Prince turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.
Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan.
Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.
Syafiqah Jalal
Thu Oct 05 2017
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.