Hiburan
"Mungkin Marissa Rindu" - Ada Berbalah & Lama Tak Berhubung, Umisya Dakwa Hubungan Tak Seperti Digambarkan
Madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan tampil memberikan respons terhadap perkongsian foto selfie yang dimuatnaik oleh anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim pada pagi Ahad.
Jelas Umisya, gambar yang dikongsikan oleh Marissa dirakamkan sebelum kisah mereka tular dan akuinya mereka sudah berdamai serta menerima takdir berpoligami.
"Ramai yang DM Misya tanya tentang posting ni sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak tersakiti, Allahu.
"Gambar ini before viral, yang di mana masa ini Marissa dan Misya dah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ini dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai," ceritanya menerusi Instagram Stories.
BERITA TRENDING: Lerai Kekeliruan, Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Madu
PILIHAN PEMBACA:"Ya, Kami Masih Bersama" - Umisya Mazlan Kongsi Foto Mesra Berpimpin Tangan Dengan Aslam, Demi Elak Fitnah
Umisya, Marissa ada berbalah
Bagaimanapun, jelas Umisya, hubungan baik mereka berubah dan berlaku perselisihan faham sesama mereka hingga wujudnya sempadan kedua-dua belah pihak."Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, segalanya berubah. Ada sedikit berbalah dan Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal masing-masing.
"Misya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi Misya tekankan pada kes yang modelling satu brand ni, untuk jagalah sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.
"Situasi kami sekarang tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam," getus Umisya.
BERITA TRENDING: "Aslam Bukan Orang Yang Boleh Berpoligami, Dia Tak Berkemampuan" - Abby Abadi
Marissa, Umisya lama tak berhubung
Menyifatkan perkongsian Marissa sebagai satu tanda meluahkan kerinduan, Umisya juga akui tiada sebarang perbincangan atau komunikasi antara kedua-dua belah pihak."Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa. Lama kita tak contact. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.
"Misya balas dengan story jugalah explaination ni ya, sebab Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Tak ada contact atau perbincangan setakat ini," ujarnya.
Umisya juga turut meletakkan emoji menjeling pada hantaran di Instagram Stories sebelum memuatnaik penjelasan panjang lebar itu.
Kemudiannya, Umisya berkongsi sepotong kata-kata berbahasa Inggeris berbunyi; "When you make a choice, you also choose the consequences."
Terdahulu, Marissa mencuri tumpuan ramai apabila tampil berkongsi sekeping swafotonya bersama Umisya pada Ahad dengan kapsyen seolah-olah menjelaskan kekeliruan ramai.
Must-Watch Video