Pelakon Zul Ariffin akui teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Menurut Zul, di sebalik wajahnya yang serius dia sebenarnya seorang yang sangat sukakan komedi.

“Sebelum ini tidak pernah lagi ada orang yang betul-betul ajak saya untuk join program seperti ini.

“Mungkin mereka ingat saya tidak berminat tetapi sejujurnya saya memang suka dan enjoy melihat orang punya persembahan komedi.

“Secara jujurnya saya tidak sabar menantikan persembahan bintang-bintang MLS2. Ya saya akan berseronok.

“Saya tahu memang ramai yang berbakat akan buat persembahan yang pastinya menyeronokkan.

“Jadi perkara itu secara tidak langsung membuatkan saya rasa ingin terlibat dalam program ini. Alhamdulillah, saya dijemput dan saya terus setuju,” jelasnya ketika sidang media Muzikal Lawak Superstar 2 yang berlangsung secara virtual baru-baru ini.

BACA: Boleh Tahan Hebat Line Up Musikal Lawak Superstar 2, Eh Cik B Pun Adalah!

Selain Zul, pelakon Nur Fazura dan Datuk Awie juga dipilih sebagai juri tetap MLS2.

MLS2 bersiaran bermula 18 Disember setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.