Laman Utama

MV Caprice Lengkap Orang Arab Bersenjata Buat Netizen Bengang: "Pergi Buat Lagu Je Di Jordan, Ingat Berjihad"

gempak
Maliah Surip
06/09/2021
11:12 MYT
Sponsor Banner
MV Caprice Lengkap Orang Arab Bersenjata Buat Netizen Bengang: "Pergi Buat Lagu Je Di Jordan, Ingat Berjihad"
Sepotong video yang dimuat naik Caprice dalam akaun Instagram rasminya, @capriceofficial mengundang rasa kurang senang netizen apabila ramai yang menyifatkan pemergiannya ke Jordan bukan untuk melakukan jihad, sebaliknya membuat muzik video di bumi tersebut.
Menerusi video tersebut, pemilik nama sebenar Aril Ramli ini dilihat menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda bersama beberapa orang Arab yang menemaninya dalam beberapa babak sambil memegang senjata.
Pada video tersebut, rapper sensasi itu menuliskan Tiger of AlQuds dan tarikh 10.10.21 tanpa memberi penjelasan lanjut.
Sementara itu, pada ruangan kapsyen, Caprice menuliskan keterangan dirinya akan pulang ke Malaysia setelah lebih satu bulan berada di Jordan.
"Goodbye Jordan, jumpa jap lagi Malaysia. Doa me a safe flight," tulisnya beberapa jam lalu.
Perkongsian tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen berbaur sindiran buat penyanyi itu.
Seorang pengguna @_peii dilihat meninggalkan komen berbunyi: "Hahahahahahaha jadi artis sana jela Ariz.. balik sini bahaya,, duduk jela sana.. boleh buat banyak lagu."
Pengguna akaun @rakyat_pejuang pula dilihat meninggalkan komen: "Pergi buat lagu je dekat Jordan..ingatkan nak pergi jihad".
Malah potongan muzik video tersebut turut menjadi tular sekaligus perbualan hangat di platform Facebook. Kebanyakan pengguna Facebook menyindir tindakan Caprice sebagai tidak selari dengan semangat jihad yang sering dilaungkannya.
Terdahulu, Caprice telah mencipta kontroversi semasa berada di Jordan selepas dirinya gagal masuk ke Gaza, Palestin dalam misi kemanusiaan yang ingin dijalankannya.
Dia juga sempat mencetuskan sensasi apabila 'membongkar' misi jihad pendakwah Ebit Lew dan sikap teamnya sepanjang berada di Palestin.
Selain itu, pemuda berusia 33 tahun itu sempat menyatakan tidak akan pulang ke Malaysia selagi negara tidak bertukar kerajaan.
Instagram: @capriceofficial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024