Laman Utama

Nad Zainal Dedah Peribadi Rosyam Nor, Akui Hero Paling Gerun Digandingkan, Ini Sebabnya...

gempak
ZULHILMI JALIL
23/01/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
Nad Zainal Dedah Peribadi Rosyam Nor, Akui Hero Paling Gerun Digandingkan, Ini Sebabnya...
Sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan, aktres Nad Zainal mengakui sudah banyak digandingkan dengan beberapa nama besar sebagai heronya bagi sesebuah naskhah.
Begitupun, Nad, atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 31, berkata, dia meletakkan aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor di carta nombor satu Hero Malaya yang amat dikaguminya sebagai anak seni.
Bahkan, Nad sendiri mengakui aktor berusia 54 tahun itu jugalah yang cukup digeruni apabila digandingkan bersama.
"Hari ini saya nak kongsikan pengalaman bekerja dengan hero-hero Malaya dan berapa projek yang kami lakukan bersama.
"Carta nombor satu, siapa yang tak kenal, beliau merupakan hero Malaya yang paling saya hormati. Boleh katakan, hero yang paling saya gerun untuk bergandingan sama, Datuk Rosyam Nor," katanya menerusi satu perkongsian di Instagram TV miliknya.
Menurut Nad lagi, Rosyam juga merupakan antara pelakon yang bukan sahaja menjadi sanjungannya, bahkan ahli keluarganya yang lain.
"Beliau sebenarnya pelakon yang diminati seisi rumah, terutama ibu bapa saya yang sangat meminati Rosyam Nor.
"Bila mereka dapat tahu saya akan berlakon sebagai suami isteri dalam drama Mawar Putih Tanda Perpisahan pada tahun 2013 tak silap, mereka sangat gembira, walhal mereka tak tahu pada masa sama, saya sangat takut," ceritanya yang pernah digandingkan sebanyak dua kali termasuk menerusi drama Terputus Sebuah Doa.
Ujar Nad lagi, sepanjang mengenali Rosyam, aktor berkenaan disifatkan cukup banyak mengajar dan memberi nasihat berguna kepadanya.
"Beliau seorang yang banyak mengajar saya tentang lakonan secara semula jadi dan sangat sempoi, kelakar, merendah diri dan sangat disayangi.
"Beliau sentiasa ramah dengan peminat jika pergi penggambaran di mana-mana. Pernah beliau kata, tanpa peminat ini, kau takkan ke mana, terutama makcik-makcik di kampung yang banyak tonton dan beri sokongan, jadi saya akan ingat," katanya.
Selain Rosyam, Nad turut berkongsi empat hero lain yang banyak digandingkan bersama, antaranya, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Syukri Yahaya dan Redza Rosli.
Sebagai info, Nad pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 dan Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024