Berita

Nafi Bakal Langsungkan Perkahwinan Di Luar Negara, Sonam Kapoor Menikah 7 Mei Ini!

gempak
Rozaimi Zubaidi
25/04/2018
08:03 MYT
Sponsor Banner
Nafi Bakal Langsungkan Perkahwinan Di Luar Negara, Sonam Kapoor Menikah 7 Mei Ini!
Pelakon popular Bollywood, Sonam Kapoor mengakui bakal berkahwin dengan kekasihnya, Anand Ahuja pada 7 Mei 2018.
Menerusi laporan Times of India, Sonam Kapoor menafikan bahawa dirinya akan melangsungkan perkahwinan di luar negara setelah beberapa khabar angin yang tersebar di media sosial.
"Majlis perkahwinan saya akan berlangsung dalam masa terdekat ini dan ianya akan diadakan di Mumbai.
"Saya akan mengadakan beberapa majlis sebelum melangsungkan perkahwinan bersama Anand Ahuja.
"Khabar angin yang mengatakan saya akan melangsungkan perkahwinan di luar India adalah tidak benar sama sekali.
"Perkahwinan ini sebenarnya memerlukan banyak wang jadi agak mustahil untuk saya lakukan di luar negara kerana saya tidak mahu habiskan banyak wang untuk majlis perkahwinan ini," katanya.
Sumber: Times of India
Olahan: Rozaimi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024