Pelakon Ozlynn menyatakan kebimbangan terhadap golongan yang terjejas selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ozlynn memberitahu perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

“Muka penat… Penat asyik duduk rumah. Tak boleh pergi taman permainan. Tak boleh pergi sekolah, sungguh memang kesian.

“Kes tak turun-turun, Selangor makin membiak dengan jayanya. Kebanyakan yang kita dengar dari kluster kilang-kilang betul ke?

“If betul sampainya hati… Kita semua puas jaga SOP sana sini, kena saman pun ada. Sedihlah… Harap perkara ni dapat dicegah,” tulisnya.

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)


Ozlynn juga memaklumkan dia menerima begitu banyak Direct Massage (DM) yang meminta bantuan kerana tidak mempunyai pendapatan harian.

“Kasihan pada yang tak ada kerja, tak adalah gaji. Banyak sektor-sektor yang tersepit. Bila bukak DM sendiri sehari beratus DM minta bantuan.

“Selagi boleh aku bantu cuma bukan lah IG private, IG yang baru buat, IG yang dah lama tak aktif sebab dalam keadaan macam ni ramai juga yang ambil kesempatan.

“Kasihan pada yang benar-benar memerlukan, nak beli susu anak, barang dapur memang aku cuba usahakan.

“Tapi kalau yang kena kejar Ah Long, rumah dah tak bayar 3 bulan… Allahu, maaflah… Memang tak ler teman berdaya.

“Semoga kita semua kembali seperti dulu, ceria dan dapat bersama-sama keluarga tanpa ada rasa was-was sampaikan mak tak sihat pun kita tak boleh jenguk.

“Harap sangat semua ni berakhir dengan cepat. Amin Yaa Rabb… Korang semua tolong jangan putus doa okay,” coretnya.

BACA: PM Umum PKP Lanjut Lagi, Rakyat Gesa Tutup Semua Kilang

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 menerusi satu pengumuman semalam.