Laman Utama

PM Umum PKP Lanjut Lagi, Rakyat Gesa Tutup Semua Kilang

gempak
Zulaikha Yusof
27/06/2021
23:00 MYT
Sponsor Banner
PM Umum PKP Lanjut Lagi, Rakyat Gesa Tutup Semua Kilang
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
BACA: PKP Sambung Lagi Esok - PM
Susulan itu, platform media sosial dipenuhi dengan suara hati rakyat yang kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan.
Antara hashtag yang trending di laman Twitter adalah #KerajaanZalim, #KerajaanPembunuh dan #KerajaanBang***.
Rata-rata pengguna menggesa kerajaan untuk menutup kilang-kilang yang masih beroperasi kerana dilihat menyumbang kes jangkitan tertinggi.
Ada segelintir wargamaya yang kelihatan meluahkan rasa penat kerana Malaysia masih berada di takuk yang sama selepas melihat jumlah kes harian Covid-19.
Anda boleh lihat antara sebahagian pandangan dan respon netizen di bawah.
Terdahulu, kerajaan sekali lagi mengumumkan akan memberi bantuan berskala besar kepada rakyat Malaysia.
Menurut Mahiaddin, pengumuman bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat akan diumumkan pada Isnin atau Selasa ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live